Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga jam 7 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, keseluruhan negeri Perlis dan Pulau Pinang diramal hujan lebat termasuk beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di Kedah beberapa daerah diramal hujan seperti Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
“Di Terengganu, daerah yang terlibat seperti Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman sementara di Kelantan adalah Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.
“Selain itu, di Pahang , daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin juga dijangka hujan hingga 7 malam ini.
“Sementara di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat seperti Kapit (Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula termasuk Tawau (Lahad Datu),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0auLFty4csUzGM8715Lmx22SWM5gAfFiX4jZhdUWXP4xnjHi6WVt7eQvV1hhQ1riVl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia