Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri hingga jam 6 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, keseluruhan negeri Perlis diramal hujan lebat termasuk beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Selain itu, beberapa daerah di Kelantan juga diramal hujan seperti Jeli, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Sementara itu, di Terengganu pula seperti Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.
“Empat daerah di Pahang dijangka hujan petang ini iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong dan Kuantan.
“Di Selangor, daerah Hulu Selangor dan Gombak juga diramal hujan.
“Beralih ke Sarawak, hanya kawasan Limbang diramal hujan sementara di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau).” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02GQfsPcSGg41QnuWtmukdV7AvGCgUL4feCzeuV4jvsMtKw7TZkyG9K76kyYzytdzTl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia