Siakap Keli
Skechers Street™ Shadow Collection Tampil Gaya Terkini Dengan Sentuhan Keselesaan Maksimum
Gambar Hiasan

Skechers Street™ Shadow Collection Tampil Gaya Terkini Dengan Sentuhan Keselesaan Maksimum

Skechers Street™ Shadow Collection Tampil Gaya Terkini Dengan Sentuhan Keselesaan Maksimum

Fesyen era Y2K kini kembali jadi trend, dan Skechers bawanya terus ke pasaran dengan tahap keselesaan yang tiada tandingan. Memperkenalkan Skechers Street™ Shadow Collection, gabungan gaya awal tahun 2000-an dengan teknologi keselesaan terkini. Dilengkapi dengan insole Skechers Air-Cooled Memory Foam® dan outsole fleksibel yang grip padu, koleksi terbaru ni tampil dengan wajah Cha Eun-woo, Duta Jenama Serantau Skechers.

Dicipta khas untuk lelaki dan wanita, koleksi ni tampil dengan dua rekaan utama; Stellar OG yang sporty dan Stellar 90 yang sleek dan futuristic. Untuk lelaki, Stellar OG hadir dengan 3 warna: White Black, Mushroom dan Black Grey, manakala versi wanita pula tampil dengan warna Off White, Pink dan White Grey.


Dengan harga RM429, Skechers Street™ Shadow Collection sudah mula dijual di beberapa cawangan Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, 1 Utama Shopping Centre, dan juga secara online di Shopee, Lazada, serta skechers.com.my.

Sebagai pelancaran eksklusif, Skechers turut menawarkan hadiah percuma photocard Cha Eun-woo kepada pelanggan yang berbelanja RM550 ke atas (atau RM500 untuk ahli Skechers), dengan syarat pembelian termasuk sekurang-kurangnya satu pasang kasut daripada siri Skechers Street™. Promosi ini sah dari 1 hingga 31 Mei 2025, selagi stok masih ada.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.