Siakap Keli
hujan negeri awal pagi
Gambar: Bernama

Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi

Tujuh Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri hingga jam 2 pagi ini.

Dalam kenyataan tersebut, keseluruhan negeri Perlis diramal hujan lebat termasuk beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

“Selain itu, beberapa daerah di Kelantan juga diramal hujan seperti Tumpat, Kota Bharu, Jeli, Bachok dan Kuala Krai. Sementara itu, di Terengganu pula hanya di daerah Kemaman.

“Di Pahang pula, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Bera sementara di Johor, kawasan yang terlibat adalah Mersing dan Kota Tinggi.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song),”  maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0Fux1kJCc71AE5Eyo3Po5LSwgtqJpEFiXABTqgM2Qrni8iQWYBhJvAjFDdxUieveWl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: 5 Anggota Polis Thailand Maut Dalam Nahas Pesawat Semasa Penerbangan Ujian

BACA: Didakwa Prestasi Buruk, Majikan Bayar Gaji Guna Duit Syiling

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.