Siakap Keli
9 negeri bakal hujan
Kredit: Bernama

9 Negeri, 1 Wilayah Hujan Lebat Malam Ini

9 Negeri, 1 Wilayah Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri dan satu Wilayah Persekutuan hingga jam 7 malam ini.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook berkenaan menyenaraikan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan dijangka alami hujan lebat.

Di Kedah, hanya daerah Sik dan Baling tersenarai. Manakala di Perak pula, hampir kebanyakan kawasan bakal dilanda hujan lebat. Antara daerah yang tersenarai termasuk Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak. Begitu juga Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Beralih ke pantai timur, hanya dua daerah di Kelantan dijangka hujan iaitu Jeli dan Gua Musang. Terengganu juga dijangka hanya menerima hujan lebat di dua daerah iaitu Dungun dan Kemaman.

Berbeza dengan cuaca di Pahang, kebanyakan kawasan di sempadan utara negeri dijangka alami cuaca buruk. Antara daerah yang disenaraikan termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan.

Turun ke Negeri Sembilan, hanya daerah Jelebu dijangka hujan lebat.

Manakala di Johor, sebahagian besar negeri melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru diramal alami cuaca buruk.

Melihat keadaan di Sarawak, MetMalaysia menjangkakan daerah yang bakal dilanda hujan lebat termasuk Kuching (Bau dan Kuching) dan Serian (Serian). Malah, daerah Samarahan, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang turut disenaraikan.

Cuaca buruk di Sabah pula dijangka melibatkan daerah Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau). Hujan lebat turut diramal landa daerah Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan berkenaan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: ILI Muncul Lagi, Ketahui Siapa Berisiko Tinggi Dijangkiti

BACA: Kilang Tayar Continental Di Alor Setar Bakal Tutup

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.