Siakap Keli
Malaysia Tarik Pelaburan Digital Bernilai Rm16.2 Bilion: Perkukuh Kedudukan Sebagai Hab Teknologi di Rantau ASEAN
Kehadiran peserta pada Hari Terbuka MD 2025 di Georgetown, Pulau Pinang.

Malaysia Tarik Pelaburan Digital Bernilai RM16.2 Bilion: Perkukuh Kedudukan Sebagai Hab Teknologi di Rantau ASEAN

Malaysia Tarik Pelaburan Digital Bernilai RM16.2 Bilion: Perkukuh Kedudukan Sebagai Hab Teknologi di Rantau ASEAN

PULAU PINANG, 29 April 2025 – Ekonomi digital Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan pesat dan menjadi pemangkin utama dalam mencipta peluang pekerjaan, membuka peluang baharu, dan merangsang inovasi tempatan yang memberi manfaat kepada perniagaan serta rakyat di seluruh negara.

Dengan sokongan kukuh daripada pelabur global, jumlah pelaburan yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) telah mencapai RM16.2 bilion dari Januari hinggaApril tahun ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata semasa pelancaran Pejabat Wilayah Utara Kementerian Digital, momentum pelaburan yang konsisten ini dijangka akan menghasilkan 6,480 peluang pekerjaan dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju digital di rantau ini.

Menteri Digital, YB Tuan Gobind Singh Deo, dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB Tuan Jagdeep Singh Deo telah merasmikan pelancaran Pejabat Wilayah Utara Kementerian Digital.

“Peluang-peluang baharu yang terhasil ini dijangka akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti untuk rakyat Malaysia, sekaligus melahirkan generasi inovator dan bakat digital yang akan memacu pertumbuhan negara pada masa hadapan.”

Sebanyak 148 syarikat telah dianugerahkan status MD sepanjang tempoh tersebut. Dari perspektif inovasi, syarikat berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) mencatatkan penyertaan tertinggi dengan peratusan sebanyak 27%. Ini diikuti oleh subsektor Pusat Data dan Teknologi Awan (23%) serta Perkhidmatan Perniagaan Global (11.5%).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
(MDEC), Anuar Fariz Fadzil berkata, “Momentum pelaburan yang kukuh ini mencerminkan keyakinan pelabur global terhadap ekosistem digital Malaysia. Dengan infrastruktur bertaraf dunia, bakat yang kompetitif dan dasar progresif di bawah Malaysia Digital, kita bukan sahaja membina kredibiliti dalam sektor ini, tetapi juga memupuk ‘budaya inovasi nasional’ yang menjadi pemangkin pertumbuhan dan mencipta peluang jangka panjang untuk rakyat Malaysia.”

Sempena pelancaran Pejabat Wilayah Utara Kementerian Digital, MDEC menganjurkan Hari Terbuka MD sebagai platform untuk mengetengahkan inisiatif utama, memperkukuh kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta, serta menggalakkan dialog mengenai pembangunan bakat, inovasi dan penggunaan teknologi digital. Majlis ini turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan peringkat negeri dapat berjalan selaras dengan agenda nasional.

Menteri Digital, YB Tuan Gobind Singh Deo, menyampaikan ucapan utama beliau di Hari Terbuka MD 2025.

MDEC juga turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Digital Penang semasa majlis tersebut. Kerjasama ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi baharu seperti Big Data, Kecerdasan Buatan (AI), Web3, kandungan berasaskan 5G, keselamatan siber dan blockchain. Fokus utama turut diberikan terhadap pembangunan bakat, program bimbingan, sokongan pembiayaan serta akses ke pasaran global, bagi memperkasa syarikat pemula (startup) dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di wilayah utara untuk terus berkembang dan bersaing di pasaran global.

“Seiring dengan usaha memperluaskan capaian Malaysia Digital, kami kekal komited untuk memastikan tiada negeri atau komuniti yang tercicir dalam perjalanan transformasi digital negara. Melalui inisiatif seperti Hari Terbuka MD dan kerjasama peringkat negeri, kita dapat menghubungkan strategi nasional dengan pelaksanaan setempat untuk membawa impak yang jelas kepada perniagaan dan rakyat.”

Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, menyampaikan ucapan alu-aluan beliau di Hari Terbuka MD 2025.

Turut hadir pada Hari Terbuka MD ialah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, YB Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh, YB Tuan Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, YBhg. Tuan Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital, YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi MDEC, serta para pemain industri daripada syarikat berstatus MD.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MDEC dan sokongan terhadap pelaburan digital, sila layari https://mdec.my/malaysiadigital.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.