Siakap Keli
Teknologi Eksklusif Flagship vivo, Hayat Bateri Luar Biasa: vivo V50 Lite 5G Baharu Bersinar Terang di Malaysia
Gambar Hiasan

Teknologi Eksklusif Flagship vivo, Hayat Bateri Luar Biasa: vivo V50 Lite 5G Baharu Bersinar Terang di Malaysia

Teknologi Eksklusif Flagship vivo, Hayat Bateri Luar Biasa: vivo V50 Lite 5G Baharu Bersinar Terang di Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 April 2025 – vivo secara rasminya telah melancarkan vivo V50 Lite 5G di Malaysia, model terbaharu dalam siri V50 yang menetapkan penanda aras baharu dalam keupayaan bateri, reka bentuk ultra nipis dan ketahanan menyeluruh. Direka untuk pengguna yang menginginkan gabungan sempurna antara gaya dan prestasi, vivo V50 Lite 5G menampilkan bateri vivo BlueVolt 6500mAh paling nipis daripada vivo, ketahanan luar biasa, keupayaan imejan dipacu AI, dan pengalaman penggunaan yang lancar.

Bagi menghidupkan semangat vivo V50 Lite 5G, vivo telah bekerjasama dengan dua personaliti media sosial berpengaruh, Arwind Kumar dan Jobroseph sebagai Rakan Rasmi V50 Lite, yang menampilkan bagaimana V50 Lite menyokong gaya hidup dinamik mereka dengan lancar.

Reka Bentuk Bergaya dan Menyerlah

vivo V50 Lite 5G hadir dengan reka bentuk ultra nipis 7.79mm dan skrin rata 2.5D dalam tiga warna yang diinspirasikan oleh alam semula jadi, lengkap dengan bingkai berkilat tinggi. Titanium Gold, Phantom Black, dan Fantasy Purple membawakan sentuhan sofistikasi, misteri, dan keceriaan dalam reka bentuknya.

Direka khas untuk pengguna yang mengutamakan hiburan imersif dan masa skrin yang lebih lama, V50 Lite 5G menampilkan paparan P-OLED bersaiz 6.77 inci dengan perlindungan cahaya biru rendah, serta bezel ultra nipis, memberikan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94.2% untuk pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

Telefon Ternipis vivo Dengan Bateri Superkuasa & Pengecasan Songsang

Di sebalik reka bentuk nipis vivo V50 Lite 5G terletak bateri vivo BlueVolt 6500mAh yang berkuasa tinggi, yang memberikan ketumpatan kuasa luar biasa dalam reka bentuk ramping. Ia mampu menyokong sehingga 27.41 jam tontonan YouTube atau lebih daripada 15 jam melayari TikTok — membolehkan sesi multimedia berterusan tanpa gangguan. vivo V50 Lite 5G juga menyokong pengecasan songsang, membolehkan pengguna mengecas peranti lain. Ini mengatasi keperluan membawa power bank berat dan memudahkan pengecasan berbilang peranti.

Teknologi bateri termaju seperti Penyusunan Semula Karbon (Carbon Recomposition), Pengubahsuaian Elektrod (Electrode Reshaping), dan Ukiran Laser (Laser Etching) membantu dalam meningkatkan ketumpatan tenaga, kestabilan struktur dan penghantaran tenaga yang cekap. Teknologi Pengkapsulan Bateri (Battery Encapsulation) eksklusif vivo mengurangkan isipadu penyalutan bateri sebanyak 50% berbanding V40 Lite, membolehkan reka bentuk yang lebih nipis tanpa menjejaskan hayat bateri.

Bateri ini turut menawarkan Perlindungan Keselamatan 24-Dimensi, serta jaminan kesihatan bateri selama 5 tahun, mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti selepas 1,700 kitaran pengecasan. Ia juga berfungsi dalam keadaan ekstrem, dengan julat suhu -20°C hingga 50°C.

Teknologi FlashCharge 90W bertaraf mercu memberikan pengecasan pantas — 20% dalam hanya 7.5 minit, dan penuh dalam hanya 52.5 minit, menghapuskan kebimbangan kehabisan bateri. Tambahan pula, vivo V50 Lite 5G menampilkan Pengecasan AI yang belajar secara pintar untuk memperlahankan penuaan bateri, dan Zero-Power Superfast Startup yang memastikan sambungan segera selepas bateri habis sepenuhnya.

Ketahanan Menyeluruh Yang Terjamin

Dibangunkan untuk ketahanan harian, vivo V50 Lite 5G telah memperoleh pensijilan SGS Lima Bintang Rintangan Jatuh (SGS Five-Star Drop Resistance) dan piawaian gred tentera, dengan perlindungan melalui Struktur Penampan Komprehensif (Comprehensive Cushioning Structure) dan Kaca Pelindungan (Shield Glass) yang diperkukuh. Ia juga memiliki penarafan kalis habuk dan air IP65, sesuai digunakan dalam persekitaran ekstrem seperti tapak pembinaan berdebu. Dengan teknologi Sentuhan-Tangan-Basah (Wet-Hand Touch), V50 Lite 5G memastikan respons yang pantas walaupun dengan jari basah atau berminyak.

vivo V50 Lite 5G juga menjamin pengalaman lancar sehingga 5 tahun. Teknologi Peningkat Memori (Memory Booster) membolehkan multitugas yang mudah, dengan aplikasi latar belakang boleh dipulihkan serta-merta dengan satu sentuhan. 

Di acara pelancaran vivo V50 Lite, vivo Malaysia memperkenalkan Zon Permainan Bateri Besar vivo BlueVolt (vivo BlueVolt Big Battery Game Zone), kawasan khas untuk para tetamu merasai sendiri ketahanan hebat bateri vivo BlueVolt melalui pelbagai cabaran interaktif — semuanya dikuasakan oleh pengurusan tenaga mantap vivo V50 Lite.

Pengimejan Jelas Dipacu AI

vivo V50 Lite 5G hadir dengan sistem pengimejan canggih termasuk Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra-Lebar 8MP 120°, Kamera Swafoto 32MP, serta sistem Aura Light vivo. Kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX882 untuk menghasilkan gambar jelas siang dan malam. Mod potret menawarkan zum 2x bagi merakam detik semula jadi dari jarak ideal.

Aura Light setaraf studio menyesuaikan suhu warna mengikut persekitaran, manakala AI Image Studio menyokong AI Erase 2.0 dan AI Photo Enhance bagi penyuntingan mudah. Dengan satu ketikan, pengguna boleh memadam orang lalu lalang atau meningkatkan kualiti gambar harian dengan mudah.

Prestasi Hebat untuk Pengalaman Deria Imersif

vivo V50 Lite 5G dijana oleh MediaTek Dimensity 6300, memberikan prestasi lancar sehingga 2.2GHz. Paparan AMOLED Ultra Vision 120Hz menampilkan visual yang terang dan tajam, manakala pembesar suara stereo berganda dengan volum 400% menghasilkan audio yang jelas dan bertenaga.

Ciri-ciri AI yang berguna turut meningkatkan kemudahan harian seperti AI SuperLink untuk sambungan stabil walaupun dalam kawasan isyarat lemah, Circle to Search dengan Google membolehkan pengguna mencari maklumat hanya dengan melingkari skrin, Live Text untuk menyalin teks dari imej dengan mudah, dan AI Screen Translation yang menyokong sekitar 132 bahasa untuk terjemahan masa nyata.

Harga dan Ketersediaan

vivo V50 Lite 5G kini tersedia di seluruh Malaysia bermula pada harga RM1,299 di semua pengedar sah vivo.

Promosi Pelancaran — Hadiah Percuma Bernilai Sehingga RM1,096!
Dari sekarang hingga 2 Jun 2025, pelanggan yang membeli vivo V50 Lite 5G di mana-mana Kedai Konsep vivo akan menerima ganjaran eksklusif termasuk:

  • vivo Buds bernilai RM129
  • Rebat tunai RM100

  • Waranti lanjutan vivo care+ selama 1+1 tahun

  • Waranti bateri vivo care+ selama 5 tahun

  • Waranti perlindungan skrin selama 180 hari

  • Waranti berbilang wilayah untuk ketenangan fikiran semasa melancong

Eksklusif di Kedai Konsep — Terhad Untuk Masa Terhad Sahaja!
Pembeli di Kedai Konsep vivo juga akan menikmati kelebihan tambahan seperti:

  • Diskaun SpayLater RM100 (sah sehingga 31 Mei 2025)

  • Pelan ansuran fleksibel 0% sehingga 24 bulan

  • Pilihan tukar beli mudah untuk naik taraf peranti anda

Jangan lepaskan peluang memiliki vivo V50 Lite 5G dengan manfaat eksklusif pelancaran ini — tersedia untuk masa terhad sahaja, sementara stok masih ada!

Sorotan Sambutan Pelancaran

Bagi meraikan pelancaran ini, vivo Malaysia menganjurkan Redang Island Experience Trip, di mana para peserta berpeluang menyertai Arwind dan Jobroseph dalam pengembaraan yang penuh kenangan — semuanya dikuasakan oleh vivo V50 Lite 5G. Daripada detik pantai yang memukau hingga menangkap suasana pulau yang meriah, pengalaman eksklusif ini akan menyerlahkan kebolehan peranti ini di salah satu lokasi tercantik Malaysia.

Keseronokan tidak terhenti di situ — para tetamu acara pelancaran juga dapat meneroka Zon Permainan Bateri Besar vivo BlueVolt, di mana mereka boleh menyertai permainan interaktif dan merasai sendiri kuasa luar biasa bateri BlueVolt. vivo Malaysia juga berkolaborasi buat kali pertama dengan salah satu stesen radio tempatan kegemaran negara! vivo V50 Lite 5G ke udara secara langsung bersama DJ di studio, yang turut disertai seorang hos teknologi — menstrim perjalanan langsung dari saat beliau berangkat ke acara sehinggalah penutup acara pelancaran, mempamerkan jangka hayat bateri BlueVolt secara masa nyata. Berkat ketahanan baterinya, telefon ini berjaya menyiarkan strim secara langsung tanpa gangguan sehingga akhir acara.

Untuk terus memeriahkan lagi, vivo Malaysia melancarkan cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY dari 1 hingga 18 Mei 2025. Sertai dengan memuat naik video yang menonjolkan kehebatan bateri V50 Lite untuk berpeluang memenangi barangan eksklusif dan sebuah unit vivo V50 Lite 5G yang baharu. Sudah tiba masanya untuk menunjukkan sejauh mana satu cas boleh membawa anda.

Untuk maklumat lanjut tentang vivo V50 Lite 5G, termasuk spesifikasi, ketersediaan dan sebarang kemaskini, sila layari laman web rasmi vivo Malaysia dan ikuti vivo Malaysia di Facebook dan Instagram.

Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my

Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/ 

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.