Siakap Keli
guard gambar polaroid
Kredit: Aqilah

Ingat Kena Marah, Rupanya Pak “Guard” Nak Tahu Pasal Kamera Polaroid

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ingat Kena Marah, Rupanya Pak “Guard” Nak Tahu Pasal Kamera Polaroid

Agenda utama ketika berkumpul bersama rakan-rakan tidak lain dan tidak bukan, sudah tentu sesi bergambar. Kenangan dapat meluangkan masa bersama setelah sekian lama tidak dapat bertemu pasti lebih bermakna apabila disimpan dalam bentuk gambar. Apatah lagi jika gambar tersebut bersifat unik seperti gambar polaroid.

Tidak semua antara kita yang berkemampuan mempunyai kamera polaroid. Begitu juga dengan sekumpulan gadis ini yang menggunakan peluang yang ada mempunyai gambar polaroid menggunakan kamera polaroid milik rakannya.

Baru-baru ini, sebuah video tular di laman TikTok apabila seorang gadis bersama rakan-rakan yang sedang bergambar menggunakan kamera polaroid ditegur pegawai keselamatan di dalam sebuah bangunan. Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan mereka keliru dengan apa yang berlaku.

Menurut Aqilah ketika ditanya SK, pada mulanya mereka menyangka mereka tidak dibenarkan bergambar di sana berikutan tempat tersebut merupakan kawasan residen.

Rupa-rupanya, pegawai keselamatan tersebut ingin bertanya berkenaan kamera polaroid yang digunakan.

“Nampak macam dia berminat nak tengok filem polaroid tu, jadi kitorang tawarkan dekat dia untuk ambilkan gambar. Dia pun setuju,” katanya mengulas lanjut berkenaan kejadian tersebut.

Tanpa berlengah, salah seorang rakan Aqilah yang juga pemilik kamera tersebut memberi tawaran untuk mengambilkan gambar bagi menunjukkan proses penghasilan gambar polaroid.

Sekumpulan gadis itu turut mengajar pegawai keselamatan tersebut untuk menggoyangkan gambar polaroid sementara menunggu gambar yang baru diambil tadi muncul.

Tatkala melihat gambarnya muncul, pegawai keselamatan tersebut tersenyum lebar sambil memerhati kepingan kertas yang diterimanya tadi. Salah seorang rakan Aqilah turut memberi cadangan kepada lelaki berkenaan agar menyimpan gambar tersebut di dalam dompet.

@aqilahrzff

He suddenly came to us & tanya about polaroid camera. We offered to take his photo! hahaha cute

♬ original sound – A. – A.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan mereka sekumpulan. Malah, tidak kurang juga yang turut mendoakan kesejahteraan buat mereka atas kebaikan yang ditunjukkan terhadap pekerja warga asing tersebut.

“Itu gambar polaroid pertama dia,” ujar seorang warga maya.

“Bagus kumpulan macam ni, tak cepat melatah dan tak cepat menilai dia,” puji yang lain.

“Percayalah, dia akan simpan gambar tu sampai tua,” kata seorang lagi warga maya.

Sumber: Aqilah

BACA: Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Madinah

BACA: Sebak, Bapa Dedah Perjuangan Anak Sebelum Raih Keputusan Cemerlang SPM

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.