Lagi Amaran Hujan Lebat Libatkan 10 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan 10 negeri hingga jam 6 petang nanti.
Amaran yang meramalkan hujan lebat di seluruh negeri Melaka itu dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan.
Keadaan di Perak menunjukkan hujan lebat di daerah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Manakala di pantai timur, hujan lebat dijangka landa daerah Kuala Krai, Kelantan dan Dungun, Terengganu. Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin turut dijangka alami hujan lebat.
Terus ke Selangor, MetMalaysia meramalkan cuaca buruk di daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Sepang. Manakala di Negeri Sembilan, daerah Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin juga bakal alami hujan lebat.
Cuaca di Johor menunjukkan hujan lebat bakal landa beberapa daerah sahaja meliput Segamat, Batu Pahat dan Kluang.
Beralih ke Sarawak, MetMalaysia jangka hujan lebat di daerah Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah (Dalat dan Mukah). Begitu juga daerah Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang.
Di Sabah pula, amaran dikeluarkan bagi daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau (Tawau).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.
Orang ramai dinasihat mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar dan elak berada di lokasi berisiko. Ikuti perkembangan terkini ramalan cuaca di laman Facebook rasmi MetMalaysia.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
BACA: Ingat Kena Marah, Rupanya Pak “Guard” Nak Tahu Pasal Kamera Polaroid