Siakap Keli
Noor Aeiza Hassan Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat
Gambar Hiasan

Noor Aeiza Hassan Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat

Noor Aeiza Hassan Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat

KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2025 – Bank Rakyat mengumumkan pelantikan Noor Aeiza Hassan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat yang baharu berkuat kuasa pada 29 April 2025.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pelantikan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh fungsi dan peranan yang dimainkan oleh Bank Rakyat untuk kepentingan dan kebajikan anggota serta masyarakat secara umum.

Noor Aeiza yang merupakan lulusan Sumber Manusia dalam bidang Psikologi dari Universiti Putra Malaysia, mempunyai pengalaman selama lebih 14 tahun di peringkat pengurusan dalam industri komunikasi serta industri latihan pembangunan keusahawanan.

“Dengan pengalaman luas beliau, pihak Bank Rakyat yakin beliau mampu mengemudi Yayasan Bank Rakyat dengan sebaik-baiknya. Keyakinan ini merangkumi komitmen Yayasan Bank Rakyat dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya bagi meningkatkan sosioekonomi melalui pendidikan serta membantu membangunkan modal insan selaras dengan konsep Malaysia Madani,” ujar Bank Rakyat.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.