NTT DATA Payment Services Melancarkan ADAPTIS, Satu Lembaran Baharu dalam Era Perniagaan
KUALA LUMPUR, 30 April 2025 – NTT DATA Payment Services kini melancarkan ADAPTIS, sebuah rangkaian solusi pembayaran bersepadu dan pelbagai lagi yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan moden yang berkembang maju. Diperkenalkan di sebuah majlis pelancaran eksklusif, ADAPTIS menjadi penanda aras pencapaian strategik dalam transformasi syarikat ini, menggabungkan inovasi, fleksibiliti dan kepakaran serantau untuk membentuk masa depan perdagangan di Asia Tenggara.
Rangkaian perkhidmatan di ADAPTIS termasuklah lima jenis bahagian utama yang direka untuk memperkukuhkan lagi sesebuah perniagaan dengan servis yang lebih fleksibel dan cekap:
ADAPTIS In-Store untuk melancarkan transaksi jual beli runcit
ADAPTIS e-Commerce untuk keselamatan bayaran atas talian
ADAPTIS Financing bagi menyokong perkembangan perniagaan
ADAPTIS Enterprise untuk infrastruktur bayaran berskala besar
ADAPTIS VAS (Perkhidmatan Tambahan) untuk mengoptimumkan operasi perniagaan pelanggan kami

“ADAPTIS adalah jawapan kami untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang dalam ekonomi digital,” kata Sean Hesh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif NTT DATA Payment Services. “Sepanjang berkhidmat untuk Malaysia, Thailand, dan Filipina selama beberapa dekad, dan dengan lebih 500,000 pusat pembayaran di seluruh negara, kami memahami apa yang diperlukan oleh sesebuah perniagaan. ADAPTIS dicipta dengan fleksibiliti, setempat dan bersedia menghadapi masa depan, seterusnya membantu perniagaan meluaskan skalanya dengan cekap di samping memberi kemudahan pembayaran yang lancar untuk pelanggan.”
Kemuncak acara adalah kehadiran ahli-ahli panel perbincangan yang menampilkan Shinichiro Nishikawa – Ketua Bahagian Bayaran dan Perkhidmatan Global, NTT DATA Jepun, Sean Hesh – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NTT DATA Payment Services, Enoch Chhabra – Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Bayaran dan e-pay), NTT DATA Payment Services, Yuichiro Sato – Ketua Pegawai Eksekutif (e-Commerce Solutions), NTT DATA Payment Services dan Jeremy Low – Ketua Bahagian Operasi Kumpulan, NTT DATA Payment Services dan Ketua Pegawai Operasi, Paysys, berkumpul untuk membincangkan tentang: “Masa Depan Perdagangan: Daripada Persaingan kepada kolaborasi.” Sesi perbincangan tersebut merungkai bagaimana NTT DATA Payment Services berjaya mengintegrasikan jenama yang sebelum ini bersaing namun kini saling bekerjasama dalam sebuah ekosistem bersepadu, mencipta sebuah sinergi dan inovasi yang berskala besar dalam era pembayaran global.
Shinichiro Nishikawa, Ketua Bahagian Bayaran dan Perkhidmatan Global, NTT DATA Jepun, menekankan kepentingan perkembangan berstrategik ini, dengan menyatakan bahawa, “Masa depan pembayaran bukanlah hanya sekadar transaksi, ia berkait dengan ekosistem. Dengan mengumpulkan peneraju industri pembayaran Asia di bawah payung NTT DATA Payment Services, kami sebenarnya sedang membina infrastruktur perdagangan serantau yang saling berhubung, bijak dan berdaya tahan. ADAPTIS mencerminkan komitmen kami terhadap integrasi yang lancar, penyelesaian setempat dan inovasi berskala besar yang memperkasakan perniagaan di seluruh dunia.”
Pelancaran ADAPTIS muncul selepas pemerolehan GHL Systems Bhd oleh NTT DATA Jepun pada tahun 2024, menjadikannya anak syarikat milik penuh salah sebuah daripada sepuluh perkhidmatan IT global terbaik dunia.
Seiring dengan transformasi strategik ini, syarikat secara rasminya telah dijenamakan semula sebagai NTT DATA Payment Services Sdn. Bhd pada 13 November 2024, selaras dengan visi baharunya di samping mengekalkan taraf perkhidmatan yang tinggi seperti yang diharapkan oleh para usahawan dan perniagaan.
Selepas penampilan pertamanya di Malaysia, rangkaian ADAPTIS akan diperkenalkan di Thailand dan Filipina pada akhir tahun ini, bagi mengukuhkan lagi komitmen NTT DATA Payment Services untuk menyediakan platform pembayaran termaju di rantau ini.
Untuk maklumat lanjut tentang ADAPTIS, layari www.nttdatapay.com.