Siakap Keli
kawal screen time
Kredit: Ija Juhari

Tak Mahu Terleka, Ibu Kongsi Macam Mana Kawal “Screen Time” Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak Mahu Terleka, Ibu Kongsi Macam Mana Kawal “Screen Time” Anak

Jika ditanya kepada para ibu tentang keperluan telefon bimbit dalam kehidupan seharian anak-anak, pasti pelbagai jawapan yang dapat kita dengar. Sudah tentu ada yang tidak kisah akan penggunaan telefon bimbit, tidak kurang juga yang mengawal dengan ketat segala aktiviti anak ketika menggunakan telefon bimbit.

Apa sahaja jawapan yang diberikan, pastinya ia berdasarkan pemerhatian para ibu yang lebih mengenali anak-anak mereka.

Pemerhatian itulah yang mendorong wanita ini membuat penetapan terhadap penggunaan telefon bimbit anak-anaknya. Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ija Jauhari berkongsi serba sedikit berkenaan peraturan yang dibuat bagi memastikan kedua anaknya tidak terlalu leka dengan telefon bimbit. Ikuti kisah Ija di bawah.

Kawal guna telefon, asal anak terjaga

Aku memang mak konservatif sikit. Telefon bimbit anak-anak memang aku pegang. Setiap hari dua jam je dia orang boleh main. Kalau nak telefon bimbit, kena buat kerja rumah dulu.

Kredit: Ija Juhari

Bagi aku telefon bimbit ni memang melekakan anak-anak. Cakaplah macam mana pun. Telefon bimbit ni melalaikan dia orang. Kalau “screen time” dia orang, kau bercakaplah dengan dia orang atau suruhlah buat apa-apa. Memang tak berjalanlah. Tak apa benda yang masuk kat kepala dia orang. Sebab tu aku memang tak bagi telefon sesuka hati. TV pun aku hadkan.

Nampak dia orang tengah serabut ni sebab dia orang tengah berusaha nak habiskan kerja rumah untuk tebus “screen time” dua jam hari ni. Hahahahaha

Lipat kain. Basuh baju. Kemas bag sekolah. Gosok baju (jika perlu). Kemas rak pinggan. Selagi tak siap semua tu jangan harap boleh dapat pegang telefon bimbit. Hahahaha

Kredit: Ija Juhari

Sekarang dah 8.35 malam and belum makan malam lagi. Memang tak dapatlah tebus screen time. Pukul 9 dah kena tidur.

Dia orang ni memang pandai. Bila tanya nak makan tak. Geleng. Tetiba dah pukul 9 suruh tidur cakap lapar. Memang jangan haraplah mami bagi telefon bimbit. Lain kali belajar rancang bebetul masa tu. Sibuk sangat tadi pergi main kat padanglah tengok TV lah. Mendapatlah. Hahahaha

Sumber: Facebook Ija Juhari

BACA: Sebak, Bapa Dedah Perjuangan Anak Sebelum Raih Keputusan Cemerlang SPM

BACA: 1 Mei Penuh Makna, Ketahui Sejarah Di Sebalik Hari Pekerja

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.