Siakap Keli
Treler Rasmi Kedua Dedah Tarikh Tayangan Ejen Ali The Movie 2 Bermula 22 Mei 2025 Ini!
Gambar Hiasan

Treler Rasmi Kedua Dedah Tarikh Tayangan Ejen Ali The Movie 2 Bermula 22 Mei 2025 Ini!

Treler Rasmi Kedua Dedah Tarikh Tayangan Ejen Ali The Movie 2 Bermula 22 Mei 2025 Ini!

Kuala Lumpur, 1 Mei 2025 Ejen Ali The Movie 2 sekali lagi menghidangkan aksi berintensiti tinggi dan emosi yang menggamit jiwa dengan pelancaran Treler Rasmi keduanya hari ini, susulan kemunculan poster utama yang mencetus perbualan hangat sejak semalam. Bersiap sedia untuk sebuah pengembaraan penuh aksi dan detik-detik dramatik di layar perak bermula 22 Mei 2025 ini. Ejen Ali kembali dalam misi baharu dengan pertaruhan yang lebih besar, ancaman yang lebih berani, dan babak aksi yang lebih mendebarkan!

Kali ini, kualiti animasi yang jauh lebih mengagumkan diperkayakan dengan visual memukau serta jalan cerita yang penuh emosi dan ketegangan pastinya bakal membuat penonton tidak sabar menanti ketibaan 22 Mei 2025. Gelombang sokongan daripada peminat sudah mula terasa sejak tayangan semula Ejen Ali The Movie pada Februari 2025 lalu, didorong lagi oleh pelbagai video treler dan lagu tema rasmi, Hanya Kamu oleh Dato’ M. Nasir, di platform striming digital, yang terus membangkitkan keterujaan untuk kepulangan Ejen Ali ke layar besar.

Treler kedua bermula dengan suara yang menyeru Ali untuk bangkit, disusuli ungkapan kata-kata “Kerja kita belum selesai…”  yang bergema. Senario ini mendedahkan perbicaraan penuh emosi antara Ali dan Rizwan, bekas ejen MATA yang muncul kembali dengan motif yang tersembunyi. Walaupun berdepan cabaran yang semakin rumit, Ali tekad bertarung menentang musuh lama yang menyimpan dendam kesuma, Neonimus, demi mempertahankan kota futuristik Cyberaya.

Ali perlu menguasai sut Satria untuk menyelesaikan misi ini, sebuah ciptaan inovasi teknologi berasaskan kecerdasan buatan terkini oleh agensi perisik MATA yang masih cukup asing buat dirinya. Pelantikan Ketua Teras MATA baharu, Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso) merubah dinamik pimpinan dan strategi dalam pertempuran ini. Sementara itu, kelibat Rizwan yang berganding bersama duo penjahat Dos dan Trez mengundang seribu persoalan.

Alunan beat lagu latar yang menyerlah mencipta pengalaman menonton treler kedua yang membuatkan peminat meremang, sekali gus menyemarakkan keyakinan bahawa Ejen Ali The Movie 2 berpotensi menggegarkan dunia animasi tempatan dan antarabangsa sekali lagi. Kesinambungan kepada Ejen Ali The Movie (2019), sekuel ini mengangkat konspirasi yang semakin mendalam dan musuh yang lebih mengancam dalam rungkaian plot yang bakal menguji semangat pasukan Ali ke tahap tertinggi. Ketika Neonimus rancak menyusun langkah untuk menjerat Ali, setiap pilihan dan tindakan yang diambil Ali sangat kritikal.

Usamah Zaid Yasin, pengarah filem ini, dalam ulasan lanjut berkata, “Pelancaran treler rasmi kedua ini mencetus perasaan teruja buat golongan pengkarya seperti kami. Kami tidak sabar untuk menyambut para peminat di pawagam demi mempersembahkan naratif Ejen Ali pada skala besar dan berintensiti tinggi. Setiap detik dalam filem ini direncana rapi untuk membawa penonton menyelami dunia Ejen Ali dengan lebih mendalam. Jumpa anda di pawagam pada 22 Mei ini!”

Ejen Ali The Movie 2 dibawakan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Terus membakar semangat anda menjelang tayangannya dan sahut panggilan misi dengan menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2 di semua platform media sosial.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif, dan kemas kini di sebalik tabir menerusi saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios.Film.

Tonton Treler Rasmi #2 di:
YouTube: www.youtube.com/ejenali
TikTok: www.tiktok.com/@officialejenali
Facebook: www.facebook.com/ejenali
Instagram: www.instagram.com/ejen_ali
Twitter: www.twitter.com/ejen_ali

Bersiap sedia, Ejens! Misi diteruskan!
#EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY 

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.