Siakap Keli
Malaysia Indeks Kebebasan Media 2025
Gambar: Bernama

Malaysia Naik 19 Anak Tangga Ke Kedudukan Ke-88 Dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 – RSF

Malaysia Naik 19 Anak Tangga Ke Kedudukan Ke-88 Dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 – RSF

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) — Malaysia meningkatkan kedudukan dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 dengan melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88, menurut penilaian terkini Reporters Without Borders (RSF).

Negara mencatatkan 56.09 mata tahun ini, menandakan pemulihan berbanding 2024 apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-107 dengan skor 52.07.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85.

Brunei pula berada di tempat ke-97, diikuti Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169), dan Vietnam (ke-173).

Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan pada indikator utama termasuk persekitaran politik, perlindungan undang-undang, kebebasan editorial, ketelusan, dan keselamatan wartawan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Anwar Terima Anugerah Order Of Independence Daripada Presiden Kosovo 

BACA: Ribut Pasir Pula Landa Israel

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.