Meremang, Wanita Kongsi Pengalaman Seram Ketika Pergi Buat “Job” Henna
Tidak dinafikan teknologi yang ada pada hari ini sememangnya memberi kemudahan dalam membantu rutin harian manusia
Tidak seperti dahulu, di mana pemandu terpaksa bergantung pada peta atau bertanya kepada penduduk setempat untuk mencari arah ke kawasan yang tidak dikenali.
Namun kini, dengan adanya aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps, perjalanan ke destinasi menjadi lebih mudah dengan panduan arah yang jelas.
Namun begitu, ada juga kisah yang kurang menyenangkan apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya, di mana Google Maps yang digunakan membawanya ke kawasan hutan yang gelap dan sunyi, jauh dari laluan yang sepatutnya.
Cemas, Google Maps bawa tempat gelap, sunyi
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @ashirashiro, berkongsi pengalaman buruk yang dilaluinya bersama suami terhadap kebergantungan pada aplikasi itu.
Katanya, dia dan suaminya ketika itu dalam perjalanan ke A’Famosa Villa untuk melakukan pekerjaan henna (inai).
“Kita orang ikut google map tapi entah macam mana kita orang terbabas ikut satu jalan pelik lalu bawah flyover lama.
“Waktu tu dah senja maghrib jam 7.25 malam, dah rasa tak tak sedap hati suruh suami patah balik tapi dia cakap ‘ada jalan tar ada laluan mesti boleh jumpa jalan besar’ masih teruskan perjalanan sebab fikir mungkin sekejap je lagi dah nak sampai kan,” kongsinya.
Tak penampakan rumah kawasan Google Maps bawa

Bagaimanapun, keadaan bertukar cemas apabila pasangan itu menyedari kawasan yang dilalui semakin jauh dan semakin sempit.
“Tapi makin masuk makin jauh. Kiri kanan sempit. Tak boleh U-turn. Kereta mula tersangkut dalam lumpur. Ahhh sudah!
“Dah la gelap, takut sangat, takde lampu.” – isteri
Ketika itu, dia dan suami seperti berputus asa selepas kenderaan yang dinaiki tersangkut di dalam lumpur dan terpaksa keluar untuk menolak kereta.
“Ya Allah Ya Rabbi. Masa tu rasa hopeless sangat. Saya cuba sekali lagi, call bomba terus.Kita cuba sedaya upaya tolak kereta keluar dari lumpur, dah la gelap, takut sangat, takde lampu, takde sorang manusia pun lalu masa tu.
“Kita ada lampu kereta dengan powerbank je. Adrenaline rush, saya dengan suami tolak dengan seluruh tenaga yang ada. Sampai sekarang badan saya sakit hahahahaha masa tu, dah tak fikir apa cuma fikir ‘Kita kena keluar dari tempat ni’ nak menangis tapi tahan.
“Suami pun tak putus asa. Kita sama-sama takut. Sumpah takut. Tak tahu kitorang kat mana, tak tahu siapa boleh tolong. Allah je boleh tolong. Alhamdullillah abang-abang bomba sampai pukul 8:34 malam.
“Diorang pun macam tak percaya kereta kita orang boleh lalu situ. Abang bomba cakap “Tempat ni keras. Tak sepatutnya ada orang sampai sini. Kitorang naik 4×4 pun seriau nak masuk,” kongsinya lagi.
Bercerita lebih lanjut, dia meluahkan rasa syukur selepas diselamatkan anggota bomba.
“Allahuakbar. Hanya Allah tahu perasaan kitorang masa tu. Abang-abang bomba escort kami keluar, pastikan kami selamat sampai ke jalan besar. Alhamdullillah semua selamat tapi still trauma, takut.
“Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana selamatkan kami. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana selamatkan kami,” luahnya.
@ashirashiro 30 April 2025- Saya dan husband, otw ke A’Famosa Villa untuk job henna. Kitaorang ikut google map tapi entah macam mana kitorang terbabas ikut satu jalan pelik lalu bawah flyover lama. Waktu tu dah senja maghrib (7:25pm) dah rasa tak tak sedap hati suruh husband patah balik tapi dia cakap “ada jalan tar ada laluan mesti boleh jumpa jalan besar” masih teruskan perjalanan sebab fikir maybe sekejap je lagi dah nak sampai kan. Tapi makin masuk makin jauh. Kiri kanan sempit. Tak boleh U-turn. Kereta mula tersangkut dalam lumpur. Ahhh sudah ! 😭 Saya sempat call customer inform kitorang sesat. Diorang cuba nak hantar orang datang tolong…tapi bila sampai dekat-dekat area tu, diorang pun tak berani nak teruskan. Diorang cakap tempat tu lain macam sangat. Saya tak paksa takut jadi apa-apa pulak dekat orang lain. Sambil tunggu saya call 999, saya cakap “Kitorang sesat, boleh hantar bantuan tak? Kereta kami stuck, tak boleh gerak.” Tapi dispatcher jawab: “Call towing lah…” Ya Allah Ya Rabbi. Masa tu rasa hopeless sangat 😭😭😭 Saya cuba sekali lagi, call bomba terus. Kita cuba sedaya upaya tolak kereta keluar dari lumpur, dah la gelap, takut sangat, takde lampu, takde sorang manusia pun lalu masa tu. Kita ada lampu kereta dengan powerbank je. Adrenaline rush, saya dengan husband tolak dengan seluruh tenaga yang ada. Sampai sekarang badan saya sakit hahahahaha masa tu, dah tak fikir apa cuma fikir “Kita kena keluar dari tempat ni” nak menangis tapi tahan. Husband pun tak give up. Kita sama-sama takut. Sumpah takut. Tak tahu kitorang kat mana, tak tahu siapa boleh tolong. Allah je boleh tolong. Alhamdullillah abang-abang bomba sampai pukul 8:34 malam. Diorang pun macam tak percaya kereta kitorang boleh lalu situ. Abang bomba cakap “Tempat ni keras. Tak sepatutnya ada orang sampai sini. Kitorang naik 4×4 pun seriau nak masuk. Korang dah kena “bawa” ni.” Allahuakbar 😭 Hanya Allah tahu perasaan kitorang masa tu. Abang-abang bomba escort kami keluar, pastikan kami selamat sampai ke jalan besar. Alhamdullillah semua selamat tapi still trauma, takut. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kerana selamatkan kami. Terima kasih abang-abang bomba. Pengajarannya “trust your instinct”. Be safe everyone ! 🥲
Sumber: TikTok @ashirashiro