Dinikmati Sejak Zaman Purba, Pakar Dedah Kandungan Coklat Yang Ini Punca Orang ‘Ketagih’
Siapa je yang tak suka coklat, baik dijadikan makanan mahupun minuman, ia merupakan satu hidangan yang digilai ramai sejak zaman purbakala.
Dinikmati sejak lebih 5,000 tahun lalu, ia bukan sahaja dilabel sebagai ‘food of gods’, namun turut dijadikan matawang pada zaman Mesoamerika dalam tamadun Aztec dan Maya.

Hingga kini, ia menjadi salah satu makanan atau minuman kesukaan ramai dengan pengambilan sebanyak sekitar 7.7 juta tan metrik setahun. Mana taknya, dengan secawan coklat panas sahaja boleh bantu mengubah mood seseorang jadi lebih ceria setiap hari. Kalau tak dapat, tak lengkap rasanya hari tu.
Kalau korang nak tahu, ada satu kandungan dalam coklat yang membuatkan peminum atau sesiapa sahaja yang memakannya menjadi ‘ketagih’. Pakar mendedahkan coklat mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang meningkatkan serotonin, hormon yang bertanggungjawab menaikkan mood seseorang.
Jadi tak hairanlah ramai yang jadi ‘ketagih’ dan sering mengidam coklat setiap hari. Kalau tak dapat, silap haribulan boleh ‘moody’ dibuatnya.

Kalau zaman dulu coklat berbentuk butir-butir biji koko kering, sekarang kita dah boleh nikmati coklat dalam pelbagai bentuk — daripada air, sapuan coklat hinggalah biskut enak Charm Julie’s yang buatkan ramai jatuh cinta.
Didatangkan dalam dua perisa, Tiramisu dan Double Chocolate, biskut sandwich ini memberikan rasa coklat premium yang mengasyikkan. Jadi tak peliklah kalau biskut ini susah dicari di pasaraya dan asyik habis je memanjang.
Kalau korang antara peminat Julie’s Charm ni, jom serbu pasaraya AEON dan TF Value Mart terdekat sehingga 31 Mei ni. Dengan pembelian 2 paket sandwich Charm sahaja, korang akan dapat Charm Clutch unik yang tak dapat dicari di tempat lain.
Apa yang eksklusif sangat dengan clutch ni? Ha kalau korang nak tahu, Charm Clutch ni berilhamkan rupa bentuk dan tekstur sandwich Charm Julie’s.
Bila gayakan, auto nampak macam fashionista, rare dan unik dengan identiti sendiri. Sekali pandang, dah macam pegang biskut gergasi. Nampak real dan rasa macam nak makan je.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, sedap sangat ke Julie’s Charm ni sampai selalu sold out kat kedai?
Untuk penggemar coklat, korang wajib cuba Charm Double Chocolate. Dengan teksturnya yang rangup digabung krim coklat mewah, confirm korang tak menyesal.
Bagi pencinta tiramisu pula, sandwich Charm Tiramisu pilihan tepat untuk anda. Gabungan biskut rangup dan krim berperisa tiramisu yang seimbang pahit dan manisnya akan buatkan ‘taste bud’ korang teruja.
Jadi jangan tunggu lagi, serbu AEON, TF Value Mart dan kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada. Dapatkan Julie’s sandwich Charm sekarang!
Untuk maklumat lanjut, kunjungi Facebook, Instagram atau laman web rasmi Julie’s di sini.