Terkenal dengan sajian Nyonya Peranakan yang penuh warna dan rasa, Madam Lee Nyonya Private Dining di Palm Garden Hotel, Putrajaya kini memperkenalkan pelengkap baharu dalam menu mereka — sajian Melayu klasik yang membawa pengalaman makan ke dimensi lebih luas, namun tetap berakar pada cita rasa tempatan.
Kami berpeluang mencuba sendiri beberapa menu baharu yang diperkenalkan oleh dua nama penting di dapur Madam Lee Nyonya Private Dining — Chef Eksekutif, Irwan Sutan Chairul, dan Chef de Cuisine, Rizal Sobry.
Hasilnya? Satu pengalaman kulinari yang menggabungkan keaslian, kreativiti dan teknik masakan yang teliti.
Antara hidangan Melayu yang menjadi tumpuan ialah:
-
Masak Lemak Minangkabau – Kaya dan berlemak, kuahnya pekat dengan aroma serai dan lengkuas, cukup membangkitkan selera.
-
Ayam Masak Kicap – Daging ayam lembut disaluti kicap yang manis berempah, sesuai untuk pencinta hidangan klasik.
-
Sambal Cili Api – Pedasnya ‘menampar’, cukup menaikkan rasa bila dimakan bersama nasi putih panas.
-
Ikan dan ayam bakar – Diperap sempurna, dibakar hingga garing di luar dan kekal juicy di dalam.
Walaupun terkenal dengan sajian Peranakan seperti Itik Pongteh dan Udang Masak Lemak Nenas, langkah menambah pilihan masakan Melayu ini jelas menunjukkan komitmen Madam Lee dalam meraikan warisan pelbagai budaya yang ada di Malaysia.
Suasana Eksklusif, Sesuai Untuk Semua Acara
Terletak dalam kawasan Palm Garden Hotel yang tenang dan hijau, ruang makan di Madam Lee cukup sesuai untuk acara korporat, makan malam intim, mahupun sambutan istimewa. Dengan dekorasi yang menggabungkan elemen klasik dan kontemporari, ia mencipta suasana selesa dan eksklusif.
Kesimpulan
Gabungan sajian Melayu dan Nyonya di Madam Lee bukan sekadar menarik dari segi rasa, tetapi turut membawa naratif kepelbagaian budaya yang kita banggakan. Jika anda mencari pengalaman menjamu selera yang unik, penuh dengan rasa warisan dan sentuhan kemewahan, ini adalah antara destinasi yang patut dicuba.
Untuk tempahan layari, https://www.madamleenyonya.com