Siakap Keli
Boost Bank Raih Pencapaian Penting Dalam Pembiayaan PKS: Hampir RM150 Juta Disalurkan Kepada Ratusan Perniagaan PKS
Gambar Hiasan

Boost Bank Raih Pencapaian Penting Dalam Pembiayaan PKS: Hampir RM150 Juta Disalurkan Kepada Ratusan Perniagaan PKS

Boost Bank Raih Pencapaian Penting Dalam Pembiayaan PKS: Hampir RM150 Juta Disalurkan Kepada Ratusan Perniagaan PKS

KUALA LUMPUR, 6 MEI 2025 – Boost Bank telah mencatat pencapaian penting dalam perjalanannya sebagai bank digital tempatan pertama di Malaysia, dengan hampir RM150 juta pembiayaan telah disalurkan kepada ratusan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sebagai bank digital pertama di negara ini yang menawarkan penyelesaian pembiayaan khusus untuk PKS, pencapaian ini mengukuhkan lagi komitmen Boost Bank dalam memperluas akses kewangan dan memperkasa perniagaan kecil yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

Dengan purata saiz pinjaman sekitar RM300,000, momentum ini didorong oleh kemudahan pembiayaan utama Boost Bank: Pinjaman Berjangka (Term Loan) dan Kredit Pusingan (Revolving Credit). Kemudahan pembiayaan ini direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan PKS. Proses permohonan mudah yang melibatkan dokumentasi minimum, kelulusan pantas, dan pilihan bayaran balik yang fleksibel menjadikan ia lebih mudah diakses oleh perniagaan kecil. Ratusan PKS dari pelbagai sektor seperti borong, pembuatan, runcit, pembinaan, makanan dan minuman, dan banyak lagi telah mendapat manfaat – sama ada untuk keperluan operasi harian, mengurus aliran tunai atau mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih lancar dan kurang halangan.

Fozia Amanulla, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Bank berkata: “PKS merupakan nadi ekonomi Malaysia. Mereka mencipta peluang pekerjaan, mendorong inovasi dan menjadikan komuniti kita lebih dinamik. Sejak kami mula menawarkan pembiayaan untuk PKS, misi kami jelas – untuk membantu para usahawan mengatasi cabaran pembiayaan yang sering mereka hadapi. Meraih pencapaian ini bukan sekadar soal angka. Ia menunjukkan apa yang boleh dicapai apabila pembiayaan dibuat dengan mudah, boleh diakses dan benar-benar berpaksikan keperluan sebenar pemilik perniagaan.”

Fozia turut menambah, “Ini juga mencerminkan betapa pantasnya penyelesaian digital mengubah cara perniagaan beroperasi hari ini. Di Boost Bank, kami bukan sahaja menyediakan pembiayaan, tetapi juga komited untuk menawarkan alat dan perkhidmatan yang tepat bagi membantu PKS mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka dengan yakin dalam era digital ini.”

Pada masa yang akan datang, Boost Bank bakal melancarkan sebuah platform digital baharu yang direka khusus untuk PKS. Selain daripada menawarkan pembiayaan, platform ini akan membantu perniagaan kecil mengurus kewangan, pembayaran dan operasi harian mereka dengan mudah dan efisien. Matlamat platform ini adalah untuk membolehkan usahawan memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting – membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Boost Bank dan penyelesaian pembiayaannya untuk PKS, sila layari www.myboostbank.co.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.