Siakap Keli
Adam Rifdean one
Gambar: Ig Adam Rakib & Rifdean Masdor

ONE: Adam & Rifdean Bakal Bertemu Lawan Jumaat Ini

ONE: Adam & Rifdean Bakal Bertemu Lawan Jumaat Ini

Dua petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor dan Adam Rakib  bakal beraksi menentang lawan masing-masing dalam kejohanan ONE Championship pada Jumaat ini.

Difahamkan, Rifdean akan bertemu dengan petarung dari Laos, Nongbia dalam misi untuk mendapatkan kontrak bersama ONE.

Dalam pada itu, Adam Rakib pula akan membuat penampilan (debut) menentang petarung dari Algeria, Nahyan Mohamed.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk memberikan sokongan terhadap petarung negara dalam kejohanan itu.

Rifdean Masdor Menang Debut ONE Championship Dengan TKO

Sebelum ini, Mohd Rifdean Masdor sekali lagi telah mencipta nama apabila berjaya memenangi pusingan pertama ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Dalam aksi berkenaan, beliau berjaya menumpaskan wakil Thailand, Pichai Lookbanmai dalam masa 1 minit 18 saat sahaja. Rifdean berjaya memenangai pertarungan tersebut secara technical knock out (TKO) selepas Pichai tidak berdaya menahan pukulan bertalu-talu yang ‘dihadiahkan’ oleh petinju dari Perak itu.

Bersama kemenangan tersebut, Rifdean yang juga digelar Magic Boy turut membawa pulang hadiah sebanyak 350,000 Baht.

Lebih membanggakan, kemenangan tersebut diraih ketika beliau membuat penampilan sulungnya di pentas ONE Championship.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Rifdean ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas aksi tersebut berakhir.

“Saya benar-benar berterima kasih dengan semua sokongan yang anda berikan, terutamanya oleh jurulatih, ahli keluarga dan pasukan saya di Malaysia.

“Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini mungkin tidak dapat diraih. Saya bertekad untuk bekerja keras dan merangkul lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Syukur, Alhamdulillah, ” katanya.

https://www.facebook.com/FightSportsForum/posts/1537393773900269:1537393773900269

Sumber: Fight Sport Forum 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.