Siakap Keli
trump buka alcatraz
Kredit: Noah Berger/AFP

Trump Keluar Arahan Buka Semula Penjara Alcatraz

Trump Keluar Arahan Buka Semula Penjara Alcatraz

Washington – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad mengeluarkan arahan agar penjara Alcatraz dibina dan dibuka semula, lapor AFP.

Penjara yang pernah menempatkan beberapa penjenayah terkenal termasuk ketua mafia, Al Capone itu pernah beroperasi selama 29 tahun.

“Bina semula, dan buka Alcatraz.

“Hari ini, saya mengarahkan Biro Penjara bersama-sama Jabatan Kehakiman, FBI dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk membuka semula Alcatraz dengan skala yang lebih besar dan ditambah baik bagi menempatkan penjenayah paling kejam dan ganas di Amerika,” ujar Trump menerusi satu muat naik di media sosial.

Kawasan pulau terpencil yang bertukar menjadi tarikan pelancong itu terletak dua kilometer dari pantai San Francisco. Beroperasi sejak 1963, penjara yang mampu menempatkan seramai 336 banduan itu ditutup berikutan kos operasi yang tinggi.

Pembukaan semula Alcatraz disenaraikan sebagai salah satu usaha Trump membanteras jenayah, terutamanya pendatang asing.

“Ketika negara kita lebih tegas suatu ketika dahulu, kita tidak teragak-agak untuk memenjarakan penjenayah paling berbahaya dan memastikan mereka jauh daripada orang awam. Itu yang sepatutnya berlaku.

“Kita tidak lagi bertoleransi dengan penjenayah bersiri yang menyebarkan ‘kekotoran’, pertumpahan darah dan kekacauan di jalan-jalan,” kata beliau.

Menurut Biro Penjara, Alcatraz ditutup pada 21 Mac 1963 berikutan kos operasi yang terlalu mahal, iaitu tiga kali ganda berbanding penjara lain. Penutupan penjara tersebut dilaksanakan sejurus selepas tiga banduan berjaya melarikan diri daripada penjara persekutuan itu.

Antara faktor utama yang menyebabkan kos melambung tinggi ialah disebabkan kedudukan penjara yang berada di sebuah pulau terasing. Setiap minggu, makanan, bekalan, bahan api juga air minuman perlu dibawa ke pulau berkenaan.

Di samping itu, anggaran kos tambahan sebanyak USD3 juta hingga USD5 juta diperlukan hanya untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pemulihan bangunan tersebut.

Bekas Speaker Dewan, Nancy Polesi berkata, Alcatraz kini dikenali sebagai tempat pelancongan yang menerima kunjungan lebih satu juta pengunjung setiap tahun.

“Lokasi tersebut kini merupakan taman negara yang begitu terkenal serta menjadi tarikan utama pelancongan.

“Cadangan yang dibuat oleh Presiden bukan sesuatu yang serius,” ujarnya.

Sumber: AFP

BACA: Warga Emas Maut Terkena Tembakan Senapang Buatan Sendiri

BACA: Kes Bunuh Di Semenyih: Wanita, Anak Saudara Lemas Akibat Beg Plastik

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.