Siakap Keli
Raikan Hari Ibu dengan Kek Caramel Creme Choc Baharu dari Secret Recipe
Gambar Hiasan

Raikan Hari Ibu dengan Kek Caramel Creme Choc Baharu dari Secret Recipe

Raikan Hari Ibu dengan Kek Caramel Creme Choc Baharu dari Secret Recipe

PETALING JAYA, 6 Mei 2025  Secret Recipe dengan sukacitanya ingin meraikan Hari Ibu bersama dengan Caramel Crème Choc baharu, pilihan terkini dalam rangkaian kek Secret Recipe. Gabungan coklat lembut, krim halus and karamel lembut bak sutera menjadikan kek serba mewah ini sesuai untuk dihidang buat ibu tersayang.

Caramel Crème Choc adalah ciptaan yang menenangkan dan  penambat selera yang menyajikan kek span dacquoise lembut, taburan coklat, serta ditambah dengan coklat susu, mousse karamel dan ganache. Kek ini disaluti dengan krim coklat susu, dihiasi dengan badam hancur, karamel dan trufel coklat susu. Dicipta untuk meluahkan penghargaan, setiap suapan membawakan kesempurnaan adunan tekstur dan rasa yang harmoni, menjadikannya pilihan sempurna kepada kepada ibu yang istimewa dan sentiasa bertakhta di hati. 

“Kasih sayang seorang ibu umpama seutas benang yang mengikat setiap peringkat kehidupan kita, sentiasa memberikan yang terbaik dan sentiasa ada untuk kita. Caramel Crème Choc melambangkan kasih sayang ibu yang dicurahkan tanpa lelah, dan sentiasa membaluti kita dengan kehangatan serta kebahagiaan,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran di Secret Recipe

“Pada sambutan Hari Ibu ini, kami ingin memberikan sentuhan unik kepada kek coklat klasik yang diminati dan digemari ramai. Seperti kasih sayang seorang ibu, kek ini mempunyai keseimbangan dari segi rasa dan kehalusan tekstur. Lapisannya yang pelbagai mencerminkan cinta serta kasih sayang seorang ibu yang tidak terhingga. Sebab itulah kek ini merupakan pencuci mulut sempurna yang melambangkan penghargaan kita sebagai mengenang jasa mereka yang tidak terbalas,” sambung beliau.  

Rasa dan persembahan Caramel Crème Choc yang anggun menjadikannya pilihan yang sempurna untuk sambutan Hari Ibu, sama ada dinikmati dalam keselesaan rumah atau dibawa keluar untuk perayaan bersama ibu tersayang.

Dijual pada harga RM142.00 untuk sebiji kek dan harga RM13.50 sepotong, Caramel Crème Choc kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia. Kek ini merupakan tambahan terbaru kepada koleksi kek Secret Recipe yang telah memenangi pelbagai anugerah, dan meneruskan warisan kecemerlangan Secret Recipe dalam menghasilkan pencuci mulut yang menyatukan hati. 

Sempena Hari Ibu, Secret Recipe akan menghadiahi Baucer Wang Tunai sebanyak RM200 kepada 10 kisah yang paling menyentuh hati. Anda cuma perlu:

Langkah 1: Siarkan video ATAU foto bersama ibu anda dan sebiji kek Secret Recipe di Facebook, Instagram, atau TikTok

Langkah 2: Lengkapkan ayat dalam kapsyen anda: “My sweetest mom-ent with mom involved cake because…”

Langkah 3: Tag @SecretRecipeMY dengan #SecretRecipeMY #SweetestMOMent

Tempoh peraduan berlangsung dari 7-18 Mei 2025, dan pemenang-pemenang akan diumumkan pada 22 Mei 2025. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Selama 28 tahun, Secret Recipe sangat sinonim dengan ciptaan kek luar biasa yang boleh dinikmati dalam suasana hidangan yang mesra. Berbekalkan komitmen kepada kualiti dan inovasi, Secret Recipe terus membawa kegembiraan kepada pelanggan dengan menu pelbagai yang meliputi lebih daripada 40 kek, dan juga pilihan luas pastri dan sajian di lebih daripada 370 cawangannya di Malaysia. 

Kunjungi cawangan Secret Recipe terdekat anda hari ini dan jadikan setiap detik lebih manis sempena Hari Ibu ini dengan Caramel Crème Choc buat ibu tersayang. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.secretrecipe.com.my.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.