Pembaharuan Jenama JAECOO Malaysia kepada OMODA l JAECOO Malaysia, Menempa Era Prestasi dan Pengalaman Gaya Hidup Serba Baharu
Kuala Lumpur, 8 Mei 2025 – JAECOO meraikan ulang tahun pertamanya di Pameran Automotif Malaysia 2025 (Malaysia Autoshow 2025 atau MAS2025) dengan memperkenalkan imej jenama yang serba baharu. Kini, jenama tersebut akan dikenali sebagai OMODA ꟾ JAECOO.
“Pembaharuan jenama ini mencerminkan keyakinan kami terhadap pasaran dan peluang pertumbuhan di sini. Sebagai sebuah jenama dinamik yang memahami kecenderungan dan keperluan pengguna, kami bertekad untuk menambah baik cara orang ramai menikmati pengalaman bersama jenama OMODA ꟾ JAECOO. Berbekalkan angkatan kenderaan kami yang canggih dan berprestasi tinggi, kami berusaha membawakan pengalaman gaya hidup yang diperibadikan khas untuk pengguna selaku jenama SUV kegunaan lasak premium pencabar di Malaysia,” kata Naib Presiden OMODA ꟾ JAECOO, Emily Lek, di majlis pelancaran tersebut.

Jenama ini telah mencatatkan prestasi yang cemerlang di sepanjang tahun lalu, dengan mencapai beberapa mercu jaya penting termasuk merangkum permintaan sehingga mencecah 12,000 pendaftaran bagi SUV Enjin Pembakaran Dalam (ICE) dan Hibrid kegunaan lasak premiumnya, serta membina rangkaian strategik yang merangkumi sebanyak 45 pengedar sah untuk menyokong para pelanggan yang semakin meningkat. Di peringkat antarabangsa, jenama OMODA ꟾ JAECOO telah berjaya bertapak di 42 negara dan wilayah, membuka lebih 1,300 bilik pameran global dan diyakini oleh 500,000 pengguna global.
OMODA ꟾ JAECOO terus menjadi jenama pencabar terkemuka, menarik perhatian segmen peminat baharu termasuk generasi muda yang celik teknologi serta pemandu yang mengutamakan prestasi di bandar dan pengembara jalan lasak.
Pratonton OMODA C7 Neo Crossover
Sempena pelancaran jenama yang diperbaharui ini, OMODA ꟾ JAECOO telah menarik perhatian pasaran dengan pratonton OMODA C7 Neo Crossover di MAS2025. C7 dijangka bakal menggegar kategori Crossover Segmen C di Malaysia.
OMODA ꟾ JAECOO baru-baru ini melancarkan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), memperlihatkan kemajuan pesat jenama tersebut mempelopori penyelesaian pengangkutan yang lebih cekap, pintar dan lestari. Dalam usaha untuk terus berkongsi potensi wawasan NEV, OMODA ꟾ JAECOO telah menganjurkan sesi perkongsian ilmu khas di MAS2025 yang diterajui Ketua Jurutera Pengurusan Pembangunan Produk dan Pengarah Institut Prapenyelidikan dan Seni Bina Kenderaan dari Chery Automobile Co. Ltd., Dr. David Xianqiang Lu. Dr. Lu lebih dikenali sebagai pelopor teknologi Super Hybrid System (SHS).

SHS, yang telah diperkenalkan di Malaysia dengan pelancaran J7 PHEV, membawakan kelebihan dari segi prestasi dan penjimatan minyak. Kenderaan berpacuan SHS telah diuji oleh OMODA ꟾ JAECOO di Malaysia serta di merata dunia, dan tampil membuktikan keupayaan konsisten dalam menempuh jarak sejauh lebih daripada 1,300 km berbekalkan satu tangki minyak penuh dan bateri cas penuh.
Pandu Uji SUV OMODA ꟾ JAECOO Termasuk JAECOO J8
Sempena MAS2025, orang ramai boleh meninjau sendiri dan memandu uji rangkaian SUV sedia ada OMODA ꟾ JAECOO termasuk JAECOO J7, J7 PHEV dan OMODA 9. MAS2025 juga memberi peluang julung kali kepada orang ramai untuk memandu uji SUV JAECOO J8 sejak pratonton yang dianjurkan pada bulan Mac lalu.
Pelanggan yang membuat tempahan bagi JAECOO J7 AWD dan 2WD di MAS2025 akan diberi pilihan sama ada menerima servis percuma untuk tempoh lima tahun pertama atau kadar pinjaman menarik pada 0.8%. Sementara itu, tempahan bagi JAECOO J7 PHEV akan disertakan waranti enjin dan bateri voltan tinggi lanjutan selama 10-tahun* atau sehingga 1,000,000km*. Di samping itu, semua tempahan yang dibuat di MAS2025 layak menerima kad OMODA ꟾ JAECOO Touch ‘n Go edisi terhad.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti di pavilion OMODA ꟾ JAECOO termasuk stesen beg jinjing (tote bag) cetakan digital secara langsung, dan penebusan ganjaran selepas mengisi tinjau selidik ringkas berupa. Kad serta Rantai Kunci (Charm) Touch ‘n Go dengan rekaan OMODA ꟾ JAECOO khas juga dijual di pavilion OMODA ꟾ JAECOO.