Siakap Keli
Kredit: Bernama

SPRM Nafi Tohmahan Video Tular Berhubung Kes Pamela Ling

SPRM Nafi Tohmahan Video Tular Berhubung Kes Pamela Ling

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tohmahan yang tular menerusi satu video TikTok mendakwa seorang pegawai kanan suruhanjaya itu telah mendesak Datin Seri Pamela Ling Yueh untuk menyelesaikan isu perceraian dengan suaminya semasa disiasat.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan dalaman menunjukkan pegawai berkenaan tidak terbabit langsung dalam penyiasatan kes terhadap Ling dan tidak pernah berjumpa wanita itu.

“Pegawai itu telah membuat laporan polis dan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung kandungan video tersebut, yang disifatkan sebagai fitnah dan berniat jahat.

“Beliau juga menafikan segala tuduhan dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut terhadap penyebar kandungan fitnah tersebut,” menurut kenyataan itu.

BACA: Sekurang-kurangnya Lapan Suspek Terlibat Dalam Penculikan Pamela Ling – Ketua Polis KL

SPRM menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan berunsur fitnah kerana ia boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu siasatan kes yang kini disiasat sebagai kes orang hilang oleh pihak polis.

Pada 9 April, Ling, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan, untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan dan polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa hari ini dilapor berkata polis masih dalam proses merakam keterangan saksi lain termasuk anak Ling.

Setakat semalam, 16 individu termasuk suami Ling sudah dirakam percakapan namun anaknya yang berada di Singapura belum direkodkan keterangan.

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.