Tumor Sebesar Kepala, Adik Hafizur Perlu Bantuan Jalani Pembedahan
Setiap bayi yang dilahirkan membawa harapan dan senyuman kepada ibu bapa. Membayangkan anak yang dilahirkan mula merangkak hingga mampu berlari sambil ketawa riang sudah tentu membuatkan ibu dan bapa terasa begitu bahagia.
Namun bagi pasangan muda ini, episod duka menjengah sebelum sempat si kecil mampu melihat dunia. Hafizur Rahman Usman Ghani, berusia empat bulan disahkan menghidap tumor otak, Occipital Encephalocele yang mengancam nyawanya.
Ketumbuhan yang semakin membesar, hampir sebesar kepalanya sendiri menghalang Adik Hafizur Rahman dari menikmati hidup seperti bayi yang lain. Lebih memilukan, ketumbuhan tersebut mula mengeluarkan nanah. Adik Hafizur memerlukan pembedahan segera bagi menyelamatkan nyawanya.
Disebabkan ibu dan bapa yang tidak berkemampuan dari segi kewangan, mereka memerlukan bantuan orang ramai dalam membiayai kos pembedahan dan rawatan di hospital.
Bapa, Usman Ghani yang berusia 23 tahun terpaksa berhenti kerja sebagai seorang pencuci bagi menjaga adik Hafizur sepenuh masa.
Mereka kini bergantung pada simpanan terakhir dan menetap di Kuala Lumpur demi mendapatkan rawatan terbaik buat adik Hafizur.
https://fb.watch/ztvdTE9cuk/
Kos yang begitu besar buat keluarga ini menjadi beban yang perlu mereka tanggung demi menyelamatkan nyawa si kecil. Namun begitu, harapan masih ada. Anda boleh menjadi cahaya dalam kehidupan mereka.
Bagi meringankan beban mereka, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ikhlas ke akaun Persatuan Kebajikan Talian Hayat Kehidupan Malaysia, 8605894192 (CIMB). Sertakan ‘CASE 2016’ sebagai rujukan sumbangan.
Semoga dengan sumbangan anda, adik Hafizur berpeluang untuk terus hidup dan membesar seperti kanak-kanak lain.