Siakap Keli
one piece 24 jam
Kredit: Alex Onay

Lelaki Tunjuk Macam Mana Tamatkan Semua Episod One Piece Dalam 24 Jam Jam

Lelaki Tunjuk Macam Mana Tamatkan Semua Episod One Piece Dalam 24 Jam

Seorang pencipta kandungan di YouTube, Alex Onay mendakwa menghabiskan masa selama 24 jam menonton kesemua episod anime terkenal, One Piece.

Video berdurasi 20 minit yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya itu menerangkan bagaimana dan mengapa dia bertekad untuk lakukan perkara tersebut.

“Salah seorang kawan baik saya, David, sangat sukakan One Piece. Saya tak tahu apa-apa tentang One Piece tetapi dia suka berbual tentang anime tu. Jadi saya terfikir, mesti kelakar tengok reaksi dia bila dia pulang dari TwitchCon dan saya dah habiskan semua episod One Piece, secara teknikal,” jelasnya.

Di peringkat awal, Onay memainkan 12 episod serentak dengan kelajuan yang ditetapkan kepada 1.75 kali ganda laju. Namun, tidak sampai lima minit bermula, lelaki berkenaan bertembung dengan masalah besar, iaitu tidak langsung memahami apa yang sedang berlaku.

Pada asalnya, dia cuba untuk memainkan 12 episod pertama serentak di semua 12 skrin yang terpasang. Rupa-rupanya, laman penyiar anime yang sah, Crunchyroll menyiarkan 12 musim berbeza bagi setiap skrin.

Bagi mengatasi masalah ini, dia menggunakan teknik pembelajaran ‘tahap Harvard’ bagi memastikan dia lulus menjawab satu kuiz berkenaan One Piece. Antara teknik yang digunakan termasuk chunking dan ulang.

Chunking maksudnya pecahkan kekusutan menjadi lebih kecil, bahagian-bahagian yang lebih mudah untuk ditumpukan pada satu skrin selama beberapa minit. Kemudian, saya ulang perkara yang sama pada skrin seterusnya,” hurai pempengaruh tersebut.

Teknik seterusnya ialah dengan membuat carta minda.

“Teknik ini akan bantu saya cantumkan semua yang berlaku dalam 12 skrin dengan lebih jelas.

“Cara ini lebih menyeronokkan dari yang saya jangka. jujurnya, saya dah boleh nampak kenapa orang boleh meminati anime ni,” ujarnya.

Onay seterusnya menyenaraikan nama-nama watak supaya lebih mudah mengingati jalan cerita kemudian cuba menganalisa soalan kuiz berkenaan anime tersebut.

Setelah tujuh jam menonton One Piece tanpa henti, Onay akhirnya berehat seketika. Setelah beberapa ketika, lelaki tersebut menyambung semula misinya. Onay akhirnya berjaya habiskan misi menonton episod terakhir One Piece, iaitu episod 1,118 sebelum 24 jam tamat biarpun berlaku beberapa siri masalah teknikal selepas 20 jam anime tersebut bersiaran.

Sumber: YouTube Alex Onay

BACA: Tak Hirau Penat Lelah, Anak Gendong Ibu Lumpuh Ketika Melancong

BACA:

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.