“Animalert” Bantu Pemandu Di Jepun Elak Langgar Haiwan Sewaktu Memandu
Kisah seekor ibu gajah yang setia menunggu anaknya yang mati akibat dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli baru-baru ini meruntun hati seluruh rakyat Malaysia.
Lebih-lebih lagi, kes itu berlaku sewaktu sambutan Hari Ibu, yang mengajar kita erti naluri dan kasih sayang seorang ibu itu tiada batasannya, bukan sahaja dapat dirasai oleh manusia tetapi haiwan juga.
Berdasarkan statistik, sebanyak 2,361 haiwan liar dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di atas jalan di seluruh negara sejak 2020 hingga kini.
Peristiwa ini mengajarkan kita bahawa pentingnya mewujudkan alternatif baharu bagi membendung kematian haiwan akibat dilanggar kenderaan di jalan raya.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Jepun mengenai isu ini, menerusi perkongsian penulis, Zunita Ramli di bawah.
Rupanya Ini Cara Jepun Elak Haiwan Dilanggar Kenderaan
Satu Malaysia bersedih berikutan peristiwa ibu gajah yang setia menunggu anaknya berjam-jam yang mati dilanggar oleh sebuah kenderaan di lebuhraya. Memang sedih tengok ibu gajah tu setia menanti tak berganjak pun dari situ. Lebih ironi, ianya berlaku masa sambutan Hari Ibu, 11 Mei lepas.
Di Malaysia, statistik menunjukkan sebanyak 2,361 binatang liar mati dilanggar kenderaan sepanjang tahun 2020-2024, tapi saya percaya ini setakat yang dilaporkan sahaja. Yang tak dilaporkan semestinya lebih banyak.
Tapi di Jepun, statistik lebih dasyat. Ikut laporan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, sebanyak lebih 121,000 kes kemalangan melibatkan kematian haiwan berlaku pada 2022 saja. Fuhh.
Jadi apa yang Jepun buat?
Kerajaan dan beberapa agensi dengan kerjasama Nissan membangunkan satu teknologi yang dipanggil “Animalert”. Animalert ni adalah gabungan dari perkataan “Animal” dan “Alert”. Baca nama pun dah boleh agak kan untuk apa teknologi ni. Mengambil idea dari teknologi pedestrian alert kenderaan EV, Nissan membangunkan teknologi yang sama, tapi kali ini khusus untuk memberi amaran kepada haiwan.
Kereta yang dilengkapi dengan teknologi “Animalert” ni akan memancarkan gelombang dengan frekuensi yang hanya haiwan saja boleh dengar. Gelombang ni sangat bising (pada telinga haiwan) jadi memberi amaran kepada mereka untuk tidak datang hampir dengan jalan yang mana kenderaan bakal lalu. Jadi bila binatang tak datang ke jalan, tak ada lah kemalangan melibatkan haiwan berlaku. As simple as that.
Teknologi ni masih dalam fasa pertama jadi ianya dibuat fokus untuk melindungi arnab terancam Amami di Pulau Tokunoshima dan Amami Oshima saja dulu. Nanti kalau teknologi dan berkembang, ianya akan diluaskan skop kepada haiwan lain dan di kawasan lain juga.
Di mana ada masalah, pasti ada penyelesaiannya. Stop complaining, start doing.
https://www.facebook.com/zunita.ramli01/posts/pfbid07tcgvquY9Zr569pjmTjN2A33TanZrYLm8cxULig6JJnGYsX9i3bGr5gSYhAd7rx8l
Sumber: Facebook Zunita Ramli