Ayam, Oppa & Kejutan -Jom ke KyoChon Chicken Sekarang! Jantung Anda Mungkin Berdebar-debar!
Kuala Lumpur, 14 Mei 2025 – Dari barangan eksklusif Byeon Woo Seok ke Puff pedas terbaru dan siri Melona Mocktails yang menyegarkan, ditambah dengan pelbagai promosi menarik — pengalaman KyoChon yang baharu sedang menanti!
Seperti yang dijanjikan, KyoChon membawa sedikit magis K-Drama dalam setiap hidangan! KyoChon Chicken dengan bangga menyuntik pesona Nation’s Boyfriend — Byeon Woo Seok — dalam setiap detik KyoChon Chicken para pelanggan. Bermula 15 Mei 2025, dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit, para pelanggan akan mendapat rantai kunci Byeon Woo Seok edisi terhad! Kuantiti rantai kunci ini sangat terhad — Jika kehabisan stok, maka tiada lagi. Promosi ini hanya sah untuk makan di restoran atau beli dan bawa pulang di cawangan KyoChon Chicken terpilih sahaja.
Apabila rasa makanan Malaysia yang menenangkan bertemu dengan cita rasa Korea, memang akan menjadi magik! Perkenalkan Shinhwa Puff — Menu terbaru KyoChon Chicken yang menggabungkan pastri tradisional dengan rasa Korea yang penuh dengan kejutan. Rangup di luar, penuh inti ayam, kentang dan keju di dalam — satu gigitan yang takkan korang lupakan. Bermula dari RM4.90 sahaja, Shinhwa Puff ni sesuai jadi snek bila-bila masa. Tersedia di semua cawangan KyoChon Chicken di seluruh negara (kecuali Miri).
Kerjasama dengan Binggrae, jenama aiskrim No.1 Korea, KyoChon Chicken kini membariskan Melona Mocktails yang segar dan eksklusif, hanya RM16.90 setiap satu.
Minuman ini direka khas untuk melengkapkan pengalaman makan ayam goreng Korea dengan rasa premium. Tak kira sama ada para pelanggan suka rasa buah-buahan, berkarbonat, atau sentuhan bunga, sudah pasti ada mocktails yang sesuai dengan cita rasa korang — dari Watermelon Strawberry Cooler hingga Fizzy Mango Rose dan Apple Cooler. Tambahan lagi, jika para pelanggan membeli dua Melona Mocktails dalam satu resit, para pelanggan akan mendapat beg tote edisi khas yang comel — koleksi manis dari kolaborasi ini. Hanya untuk makan di restoran di cawangan-cawangan terpilih KyoChon Chicken.
Setiap hari Rabu dalam bulan Mei 2025, bawa ‘office mommy’ ke KyoChon!
Dengan perbelanjaan minimum RM60, office mommy akan mendapat 8 ketul Wingettes dan Drumettes secara PERCUMA (Soy Garlic / Honey Garlic / Red / Shinhwa / Mix). Promosi ni sah untuk makan di restoran sahaja dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.
Sebarang info lanjut, layari laman web kami atau ikut media sosial KyoChon untuk info terkini. Terma & syarat dikenakan.