Siakap Keli
Harga Beras Putih Import Diturunkan, Bekalan BPI Cukup Dan Terjamin
Gambar : Bernama

Harga Beras Putih Import Diturunkan, Bekalan BPI Cukup Dan Terjamin

Harga Beras Putih Import Diturunkan, Bekalan BPI Cukup Dan Terjamin

Putrajaya, 14 Mei 2025– Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini mengumumkan pelarasan harga Beras Putih Import (BPI) di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk terus menjamin kestabilan bekalan serta mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Pelarasan ini adalah hasil sesi libat urus bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk perkembangan pasaran global serta keperluan menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara.

Justeru, berkuat kuasa 15 Mei 2025, harga BPI di semua pintu gudang BERNAS di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada  RM2,600 per metrik tan. Ini merupakan pelarasan kali kedua selepas penurunan harga pada 1 Disember 2024, daripada RM3,000 kepada RM2,800 per metrik tan.

Manakala itu, program subsidi BPI oleh Kerajaan Persekutuan bagi negeri Sabah dan Sarawak akan diteruskan seperti biasa.

Langkah ini jelas mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI yang berteraskan prinsip keprihatinan dan kesejahteraan rakyat untuk memastikan makanan ruji negara kekal mampu milik, mudah diperoleh, dan sentiasa mencukupi.2

Kejayaan ini adalah hasil pendekatan strategik BERNAS dalam mempelbagaikan sumber bekalan beras daripada pelbagai negara seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar – seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada satu pasaran tunggal.

Kementerian akan terus memantau perkembangan pasaran dan memastikan dasar dasar yang digariskan kekal berpaksikan kepentingan rakyat dan keterjaminan makanan negara.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.