Selangor, 14 Mei – Myra jenama kediaman di bawah Oriental Interest Berhad (018), melakar kemasukan paling ketara ke Shah Alam dengan pelancaran Myra Tenuman, perbandaran seluas 70 ekar di Alam Impian dengan unjuran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion. Pembangunan ini dijangka meningkatkan penanda aras bagi kehidupan bandar yang berpaksikan komuniti di salah. satu koridor yang paling pesat membangun di Lembah Klang.
Tidak sekadar projek kediaman, Myra Tenuman dibayangkan sebagai perbandaran lengkap yang menyepadukan rumah bertanah premium, pangsapuri servis yang bakal dibangunkan, zon komersial berorientasikan komuniti, serta ruang awam berkonsepkan reka tempat.
Ditunjangi hab desa yang dikurasi dengan teliti, pelan induk ini bakal menghubungkan koridor hijau, taman poket dan ruang awam, mewujudkan alamat jangka panjang buat keluarga pelbagai generasi dan profesional berjiwa progresif yang mendambakan eksklusiviti dan hubungan komuniti.
Dalam satu pratonton eksklusif, Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra berkata, “Myra Tenuman melambangkan langkah progresif dalam cara kami mentafsir nilai tempat tinggal dan ketetapan hidup.”
“Dalam pasaran hari ini, pemilik rumah bukan sekadar mencari tempat berteduh. Mereka mencari persekitaran yang lengkap, dimana gaya hidup, nilai, dan aspirasi masa depan mereka dicerminkan. Peranan kami adalah untuk menjangka harapan tersebut dan mewujudkan perbandaran yang meningkatkan taraf kehidupan pinggir bandar,” katanya.
Tawaran rumah bertanah pertama dalam perbandaran ini akan diumumkan di bawah koleksi Halaman, yang terdiri daripada 54 rumah berkembar dan 16 banglo, dengan anggaran GDV sebanyak RM165.5 juta. Semua unit berstatus pegangan bebas dan mempunyai hak milik individu, memberikan jaminan pemilikan jangka panjang serta fleksibiliti untuk pengubahsuaian di masa hadapan.
Direka oleh Tangu Architecture, Halaman meraikan idea “Perkampungan Hijau”, memupuk rasa keterbukaan, keterhubungan, dan keharmonian dengan alam semula jadi. Rumah-rumah ini diinspirasikan oleh semangat kampung tradisional dan ditafsirkan semula melalui seni bina kontemporari serta permikiran reka bentuk tropika.
Unit banglo di Halaman dibina di atas petak tanah yang luas, kira-kira antara 6,652 hingga 8,826 kaki persegi, dengan keluasan binaan sehingga 3,982 kaki persegi, dan harga bermula dari RM3 juta. Unit berkembar pula akan mempunyai saiz lot antara 4,166 dan 7,535 kaki persegi, dengan keluasan binaan sehingga 3,376 kaki persegi, dan harga bermula dari RM2 juta.
Merentasi kedua-dua tipologi, setiap rumah menampilkan susun atur pelan terbuka, tingkap yang luas dan peralihan yang lancar antara ruang dalan dan luar, mempertingkatkan keselesaan harian. Seni bina ini menggalakkan kepekaan budaya dan responsif terhadap alam sekitar, menghasilkan kediaman yang bukan sahaja diperhalusi secara visual tetapi turut menitikberatkan kefungsian, kebolehsualan dan kelestarian.
Komitmen terhadap reka bentuk yang bernas dan berpaksikan manusia menjadi teras kepada identiti pembangunan ini, menjadikan Myra Tenuman bukan sekadar sebuah perkampungan kediaman, tetapi sebuah perbandaran yang dibentuk dengan penuh niat dan tujuan.
“Rekaan Halaman bukan hanya tentang bentuk atau fungsi, ia juga tentang perasaan. Kami bertanya kepada diri sendiri bagaimana ruang boleh mencipta rasa kepunyaan dan ‘pulang ke rumah’. Daripada perkadaran ruang tamu hingga cara cahaya matahari bergerak melalui rumah, setiap perincian bertujuan untuk meningkatkan kehidupan seharian secara senyap-senyap. la adalah tafsiran moden mengenai keselesaan yang berakar pada kebiasaan”, kata Hassan.
Myra Tenuman mewakili lot terakhir Myra di Alam Impian dan dilaksanakan dengan kerjasama pemilik tanah dan rakan kongsi Naza TTDI dan Triterra, sekali gus mengukuhkan kedudukan kawasan ini sebagai salah satu koridor pinggir bandar paling bernilai di Shah Alam.
Untuk menjadikan pemilikan rumah lebih mudah diakses dan disesuaikan, Myra telah bekerjasama dengan Kumpulan Perbankan RHB (“RHB”) untuk memperkenalkan pakej Pinjaman/Pembiayaan Rumah & Pengubahsuaian, menandakan kerjasama pertama RHB seumpama ini dengan pemaju hartanah.
Pakej pembiayaan ini menawarkan sehingga 120% pembiayaan kepada pembeli rumah yang layak, sama ada pada harga Perjanjian Jual Beli (“SPA”) atau nilai pasaran terbuka. Sehingga 30% daripada jumlah ini boleh diperuntukkan secara khusus untuk pengubahsuaian, meliputi pelbagai peningkatan termasuk jubin, kemasan dalaman, pengubahsuaian struktur dan reka bentuk dalaman.
Jeffrey Ng Eow Oo, Pengarah Urusan, Perbankan Komuniti Kumpulan, Kumpulan Perbankan RHB, berkata, “Kami menyedari bahawa pembeli rumah hari ini bercita-cita untuk mewujudkan ruang yang benar-benar mencerminkan gaya dan keperluan peribadi mereka. Kerjasama perintis dengan Myra ini membolehkan kami memperkasakan mereka dengan laluan kewangan yang lancar dan fleksibel untuk mencapai visi ini, yang akhirnya menyumbang kepada persekitaran kehidupan yang lebih bertenaga dan diperibadikan untuk masyarakat.”
Bahagian pembiayaan untuk pengubahsuaian akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan bermula selepas pembayaran penuh pinjaman/pembiayaan perumahan. Tawaran ini tersedia untuk kedua-dua pelanggan RHB baharu dan sedia ada dan juga meliputi kos penting seperti yuran guaman dan penilaian, serta insurans perlindungan gadai janji atau takaful, menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif dari pembelian awal hingga berpindah dan memperibadikan rumah baharu mereka.
Walaupun permulaan pakej ini adalah untuk kediaman rumah bertanah Myra Tenuman, inisiatif pembiayaan RHB juga akan diperluaskan kepada hartanah terpilih yang telah siap dalam portfolio Myra, termasuk Myra Saujana Fasa 4 di Sepang dan Myra Gardens Fasa 2 dan 3, di Sungai Buloh.
Memandangkan Myra berkembang daripada penyedia perumahan mudah diakses yang terkenal di Sepang dan Salak Tinggi kepada pemaju berskala perbandaran, Myra Tenuman menjadi pernyataan yang penuh bermakna. la muncul sebagai suatu kawasan yang diolah dengan niat reka bentuk yang jelas, didasari oleh kerjasama strategik, dan ditujukan khusus untuk memenuhi jangkaan gaya hidup pemilik rumah bandar masa hadapan.
Pendaftaran minat untuk Myra Tenuman kini dibuka dan bakal pencari rumah dijemput melayari www.myra.com.my atau ikuti @myrahomes di Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut.