Petrosains Kongsikan Kegembiraan Musim Cuti Sekolah Dengan Aktiviti Steam Untuk Kanak-Kanak
Kuala Lumpur, 14 Mei 2025 – Dengan musim cuti pertengahan tahun sekolah semakin menghampiri, dan sekiranya anda masih tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan anak-anak anda kekal seronok dan produktif sepanjang cuti, inilah masa terbaik untuk mencetuskan imaginasi mereka melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif di Petrosains, The Discovery Centre, Suria KLCC.
Dari 29 Mei hingga 6 Jun 2025, program Cuti Sekolah @ Petrosains kembali dengan bengkel berdurasi 90 minit yang direka khas untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan memacu perubahan melalui pelbagai aktiviti menarik berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM).
Dengan menggabungkan kreativiti Seni dengan elemen STEM, program holistik ini menyediakan sebuah kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif untuk individu-individu berumur 10 tahun ke atas untuk meneroka, mencipta dan berinovasi. Daripada membuat rantai kunci mesra alam sehinggalah menerbangkan dron, terdapatnya pelbagai aktiviti untuk setiap peserta.
Antara aktiviti menarik dalam bengkel STEM termasuklah:
- Shrinking Polymer Keychain: Ubahkan sehelai plastik permukaan rata menjadi rantai kunci unik dan pelajari bagaimana kitar semula bekas plastik boleh mengurangkan sisa dan seterusnya memelihara biodiversiti.
- Pen 3D: Peserta-peserta akan belajar mereka bentuk dan mencipta bentuk 3D sambil memahami perubahan keadaan jirim apabila plastik mencair dan mengeras.
- Maker Kit – Cube Circuit: Pelajari asas-asas litar elektrik secara menyeronokkan dan praktikal melalui pembinaan litar mudah menggunakan kubus modular dan LED.
- Maker Kit – LED Frame: Terokai konsep elektrik dengan mencipta litar berfungsi menggunakan komponen modular seperti pita kuprum, LED dan buzzer. Dengan menghasilkan sesuatu yang menyala atau berbunyi, aktiviti ini akan membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah peserta-peserta.
Selain daripada aktiviti-aktiviti ini, para peserta juga akan berpeluang menikmati pertunjukan sains secara langsung termasuklah pertunjukan Dron, dimana mereka akan mempelajari bagaimana dron berfungsi dan digunakan dalam aplikasi sebenar seperti penghantaran dan misi menyelamat. Persembahan dron secara langsung juga akan menampilkan elemen pengkodan, sensor dan kerja berpasukan.
Di Petrosains Games Corner, para peserta juga boleh mempelajari tentang konsep kelestarian melalui permainan interaktif seperti Carbonopoly, Power the Grid dan Wildlife Warrior.
Selain itu, peserta-peserta juga berpeluang mencuba aktiviti pengkodan dan menerbangkan dron dalam misi mini interaktif, serta mencipta rantai kunci 3D tersendiri menggunakan perisian pemodelan 3D mesra pengguna dan pencetak 3D.
Akhir sekali, para peserta juga boleh beramah mesra dengan A.R.I.F, maskot baharu Petrosains – A Resourceful Intelligent Friend. Direka untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran STEM, A.R.I.F merupakan rakan mesra yang mudah didekati dan mampu mencetuskan rasa ingin tahu terhadap sains, teknologi dan inovasi.
Program ini ditawarkan pada harga RM70 seorang dan merupakan cara bermakna untuk para pelajar mengisi cuti sekolah mereka dengan mempelajari kemahiran baharu, menyelesaikan masalah, dan berseronok sepanjang perjalanan pembelajaran mereka. Tempah sekarang di https://eticket.petrosains.com.my/.
Dengan lebih 300 pameran interaktif di Petrosains, The Discovery Centre, Petrosains menawarkan pelbagai galeri bertema termasuk Space, yang meneroka keajaiban astronomi; Geotime Diorama, yang menyelami kehidupan prasejarah di Bumi; serta Sparkz, yang memperkenalkan konsep sains asas melalui pendekatan praktikal.