Tampil Menawan Dengan Beg Clutch Julie’s Terbaharu yang Berinspirasi Biskut
Kuala Lumpur, 9 Mei 2025 – Serlahkan gaya menawan anda dengan rekaan terbaharu Julie’s – beg Charm Clutch. Beg clutch ini diinspirasikan dari biskut pencuci mulut dan produk tandatangan Julie’s iaitu Charm. Bagi pengikut fesyen dan penggemar snek, beg clutch ini wajib didapati! Direka untuk mirip rupa biskut Charm, beg clutch edisi terhad ini bukan sekadar pernyataan fesyen, ia juga dicipta untuk kegunaan harian. Pembeli boleh menebus satu Charm Clutch dengan pembelian dua paket biskut Charm (172g) sepanjang tempoh kempen ini dari 1 Mei hingga 31 Mei, sementara stok masih ada.

makanan.
“Biskut Charm Julie’s dibuat khas untuk selera moden – dengan rasanya yang mewah namun masih elegan. Setelah dua tahun, Charm telah berkembang menjadi lebih dari sekadar biskut; ia telah menjadi sebahagian daripada amalan harian pengguna kami. Penawaran Charm Velvet Clutch ini merupakan penghargaan Julie’s terhadap hubungan erat pengguna dengan biskut kami, dengan menggubah snek kegemaran ini menjadi pernyataan fesyen yang melambangkan gaya, keceriaan, dan kenikmatan harian yang diidamkan,” kata Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biskut.

Mengikuti trend fesyen berinspirasikan makanan yang semakin berkembang, reka bentuk Charm Clutch menampilkan tekstur coklat mewah biskut Charm dan diperbuat daripada fabrik baldu yang menyerlahkan sentuhan yang elegan. Untuk menarik perhatian orang ramai bagi kempen ini, Julie’s telah mengadakan aktivasi pemasaran gerila di Pavilion Kuala Lumpur hari ini, menampilkan seorang pengawal peribadi bergaya dan “menawan” yang berkawal di sisi paparan Charm Clutch, seolah-olah menjaga sebuah pameran fesyen mewah. Adegan luar jangka ini mencetus rasa ingin tahu dan menarik perhatian ramai, membuatkan para pengunjung bertanya-tanya tentang keistimewaan daya tarikan itu. Menambah lagi kemeriahan, sesiapa yang berani mendekati pengawal bergaya itu diberi maklumat eksklusif mengenai Charm Clutch.

Pengarah Kreatif Eksekutif agensi kreatif Julie’s, Kevin Poh dari GOVT Singapura, yang telah memainkan peranan penting dalam kempen Charm Clutch ini berkongsi pandangannya tentang aktivasi kempen tersebut, “Apabila sesebuah jenama membuat kempen “hadiah dengan pembelian”, tawaran mereka biasanya generik and kurang menarik. Oleh itu, dari setakat mengedarkan kupon atau bergantung kepada bahan promosi di rak kedai, kami memutuskan untuk mempromosikan tawaran ini melalui satu acara yang luar biasa – dengan mempersembahkan Charm Clutch seolah-olah sebuah permata mewah, di tengah-tengah pusat beli-belah ikonik di KL. Ini adalah satu pendekatan yang tepat untuk mencetuskan perbualan dan menyuntik elemen citarasa dalam sebuah kategori yang sememangnya berasaskan gaya dan rasa.”

Untuk terus menyemarakkan kempen ini, Julie’s turut menganjurkan beberapa gerai pop-up di cawangan TF Value-Mart terpilih dari 1 Mei hingga 14 Mei, dan di kedai AEON terpilih dari 8 Mei hingga 21 Mei. Pengunjung boleh menantikan pemberian belon percuma, peluang menebus Charm Clutch, serta kemunculan istimewa pengawal peribadi bergaya Charm pada hujung minggu – yang pastinya menambah keseronokan semasa membeli-belah. Lihat senarai penuh lokasi gerai pop-up dengan melayari halaman kempen kami di sini.
Biskut Charm Julie’s boleh didapati dalam dua perisa yang lazat seperti Double Chocolate dan Tiramisu. Biskut bersaiz kecil ini dibungkus dalam satu pek mudah alih yang mengandungi lapan pek kecil, setiap satu dengan dua keping biskut. Charm boleh dinikmati sendiri sebagai snek ringkas, dipadankan dengan kopi dan teh, ataupun digunakan sebagai ramuan untuk pencuci mulut seperti puding dan kek.

Dapatkan Charm Clutch anda hari ini dengan membeli dua paket biskut Charm melalui platform e-dagang rasmi Julie’s di Shopee, Lazada, PG Mall dan TikTok. Sebagai alternatif, anda juga boleh membeli biskut Charm dan menebus Charm Clutch tersebut di stor-stor terpilih AEON Group dan TF Value-Mart di Semenanjung Malaysia sahaja.
Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s,
kunjungi laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.