Watie Kongsi Berita Duka Kehilangan Anak Yang Dinanti
Saat paling bermakna buat seorang wanita yang bergelar isteri tentulah ketika menerima khabar rahim ‘berisi’.
Fasa-fasa baharu dalam hidup bermula apabila sedikit demi sedikit perubahan berlaku, dengan janin yang semakin membesar di dalam kandungan.
Segala persiapan mula dilakukan satu demi satu. Dari kelengkapan ibu mengandung, keperluan semasa berpantang, hinggalah barangan bayi yang bakal ditimang setelah sembilan bulan dikandung ke mana sahaja si ibu pergi.
Namun, tidak semua wanita bertuah diberi peluang melihat si kecil yang sempurna sifatnya hadir ke dunia ini.
Ada yang diuji dengan kehilangan yang sangat menyakitkan, sebagaimana yang dialami oleh isteri kepada pelawak terkenal, Shuib, iaitu Watie.
Dalam satu perkongsian yang menyayat hati, Watie berkongsi coretan duka, merindui anak yang telah pergi.
Coretan Buat Bintang
Siang malam Mummy berendam air mata fikirkan kamu. Maaf kerana tak menjaga kamu dengan baik saat kamu ada di dalam rahim Mummy. Maaf kerana tak menghargai kehadiran kamu di saat Mummy terlupa begitu senang dan baiknya Allah berikan kamu.
Walhal Mummy dah dapat petanda dari mimpi yang Mummy akan keguguran. Setiap masa Mummy fikir adakah mimpi itu akan jadi kenyataan.
11-05-2025 Mummy dapat berita kamu betul-betul pergi tinggalkan Mummy.
Mungkin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat Mummy. Mungkin Mummy masih belum mampu jadi Mummy yang baik dan adil buat kamu, kakak dan abang-abang kamu. Mungkin masih banyak yang perlu Mummy pelajari sebelum kamu lahir ke dunia ini, dan mungkin Allah nak Mummy lebih menghargai anak-anak yang Mummy ada sebelum adanya kamu.
Mummy reda walau ianya terasa perit untuk Mummy hadapi. Mummy tetap bersyukur Allah titipkan kamu walau hanya untuk beberapa bulan yang indah.
Terima kasih untuk kata-kata semangat dari kalian. Mummy tak mampu lagi untuk berjumpa dan berbalas. Maaf atas kerja-kerja yang tergendala. Mummy masih dalam fasa perasaan paling sedih yang Mummy rasakan dalam hidup Mummy. Tapi dengan kata-kata dari kalian ini jugalah sedikit sebanyak dapat memujuk hati Mummy ketika ini.
‘Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy’
Walaupun Mummy tahu kata-kata ini hanyalah penyedap hati tapi ianya cukup menenangkan hati Mummy saat ini.
Moga kamu dan Ibu pada anak-anak Mummy menunggu kami semua di pintu syurga nanti
Bintang yang pertama yang akan selalu di ingatan Mummy
https://www.instagram.com/p/DJnsYA3o8e-/
Semoga Watie dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini. Al-fatihah.
BACA: Hukum Wanita Bekukan Sel Telur Kerana Lambat Nikah – Mufti WP
BACA: Hospital Putrajaya Dinobat Salah Sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025
BACA: Ibu Gajah Dipercayai Masih Berkeliaran, Cari Anak Yang Telah Tiada
Sumber: Watie