Honda Malaysia Melancarkan e:N1 Serba Baharu, Kenderaan Elektrik Dengan Dinamik Honda, Bernilai RM149,900
Petaling Jaya, 15 Mei 2025 – Honda Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) pertamanya, e:N1 Serba Baharu, menandakan pencapaian penting dalam perjalanan elektrifikasinya. Sempena pelancaran ini, syarikat menawarkan harga istimewa RM149,900.00*, tersedia untuk kuantiti terhad**.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Narushi Yazaki berkata, “Kami telah berada di barisan hadapan inovasi, membawa teknologi canggih kepada rakyat Malaysia. Perjalanan ini bermula dengan IMA pada tahun 2004, diteruskan dengan VTEC Turbo pada 2016, i-DCD pada 2017, dan teknologi e:HEV pada 2020. Kami berusaha untuk mengambil kekuatan dari sejarah kami sambil terus memacu masa depan.
Berdasarkan asas ini, Honda Malaysia berada di landasan yang betul dalam menavigasi pasaran dengan model Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan e:HEV kami, yang kekal relevan hari ini. Pada masa yang sama, kami komited untuk menawarkan barisan produk yang pelbagai yang memenuhi keperluan pelanggan yang berkembang. Memastikan pengalaman ‘Fun-To-Drive’ adalah kunci kepada semua pembangunan teknologi kami, dan BEV baharu kami pasti akan mengekalkan tradisi ini.
Pengenalan BEV bukan sekadar mencipta keterujaan. Ia mewakili langkah penting yang mendorong kami lebih jauh dalam perjalanan berterusan ke era elektrifikasi. Pelancaran e:N1 mengukuhkan barisan xEV kami dan memberikan rakyat Malaysia lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan mobiliti mereka, selaras dengan arah perniagaan 2025 kami.”
e:N1 adalah lambang fungsi bertemu bentuk yang menawarkan pakej unik dan seimbang yang menggabungkan teknologi, prestasi dan reka bentuk dengan lancar. BEV ini memperkenalkan pengalaman pemanduan elektrik Honda, yang dimungkinkan melalui falsafah berpusatkan manusia jenama ini. Ia memanfaatkan teknologi Honda untuk menyampaikan dinamik pemanduan yang menyeronokkan dengan pecutan yang lancar dan responsif. e:N1 dikuasakan oleh bateri litium-ion 68.8kWh yang menjana kuasa maksimum 150kW dan tork puncak 310Nm.
Untuk pengecasan, ia menyokong AC (Pengecasan Biasa) sehingga 10 kW, dengan pengecasan 10% hingga 80% mengambil masa kira-kira enam jam. BEV ini juga menampilkan DC (Pengecasan Pantas) sehingga 78 kW, mencapai pengecasan 30% hingga 80% dalam kira-kira 50 minit. Dengan jarak pemanduan sehingga 500km (NEDC), pelanggan dapat menikmati pemanduan yang mengasyikkan yang menampilkan tiga mod pemanduan – Sport, Normal dan ECON.
Dari segi luaran, e:N1 menampilkan reka bentuk moden, dengan gril hadapan yang bersih dan anggun serta lencana “H” putih baharu yang melambangkan elektrifikasi Honda. Melengkapkan penampilan elegan dan minimalisnya adalah Lampu Hadapan LED, Lampu Belakang LED dan Roda Aloi Dua-Tona 18 inci yang direka khas untuk BEV ini.
Reka bentuk bergaya ini diteruskan di dalam, di mana pencahayaan ambien biru, Pengecas Tanpa Wayar dan paparan maklumat pemanduan TFT 10.25 inci yang hanya tersedia dalam e:N1, mewujudkan pengalaman kabin yang canggih dan intuitif yang disesuaikan dengan gaya hidup moden. Ciri lain yang hanya terdapat dalam model ini ialah paparan audio canggih 15.1 inci yang mengintegrasikan panel skrin sentuh tiga bahagian yang direka untuk sambungan lancar dan operasi mesra pengguna, semua fungsi boleh diakses dengan sentuhan mudah.
Bahagian atas menempatkan ciri infotainmen penting, termasuk Apple CarPlay Tanpa Wayar, Sambungan Android Auto Berwayar dan Sistem Navigasi. Bahagian tengah menyediakan akses kepada maklumat status kenderaan dan kawalan audio, manakala bahagian bawah menampilkan tetapan penyaman udara. Untuk keselesaan dan kepraktisan tahap seterusnya, e:N1 mengekalkan keluasan tanda dagangan Honda dengan konfigurasi tempat duduk belakang berpecah 60:40 dan ruang kargo 344 liter.
Setiap kenderaan Honda dibina dengan keselamatan sebagai keutamaan utama. Menepati fokus ini, Honda Malaysia melengkapkan e:N1 dengan pelbagai ciri keselamatan standard untuk memberikan pelanggan keyakinan lebih besar di jalan raya. Selain Honda SENSING, e:N1 termasuk Maklumat Titik Buta (BSI) dengan Monitor Trafik Silang (CTM), ciri yang kini eksklusif untuk BEV ini.
Terdapat tiga warna menarik untuk pelanggan pilih, iaitu Platinum White Pearl, Aqua Topaz Metallic dan Urban Gray Pearl.
Untuk meningkatkan pengalaman pembelian Honda, keseluruhan proses pembelian e:N1 diintegrasikan ke dalam platform dalam talian Honda Malaysia, yang merangkumi portal Pra-Tempahan Kereta Baharu dan aplikasi HondaTouch. Pelanggan boleh melengkapkan tempahan mereka dalam beberapa langkah mudah dengan memilih salah satu daripada lapan pengedar Honda BEV yang sah, memasukkan butiran mereka, memilih e:N1, dan membayar yuran pra-tempahan minimum. Meningkatkan perjalanan eksklusif dan diperibadikan ini, seorang duta jenama yang berdedikasi dan terlatih akan tersedia untuk memberikan bantuan dan panduan sepanjang keseluruhan proses.
e:N1 disertakan dengan jaminan lapan tahun atau 160,000km*** (yang mana dahulu) untuk bateri kenderaan elektrik dan sistem pemacu elektrik. Untuk ketenangan fikiran tambahan, pakej Honda Insurance Plus (HiP EV) juga tersedia untuk e:N1, menyediakan Manfaat EV Tambahan*** termasuk perlindungan untuk kerosakan atau kecederaan semasa menggunakan pengecas EV awam, perlindungan untuk pengecas dinding rumah EV terhadap kebakaran, kilat, kecurian atau bencana alam, perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan pada kabel pengecasan mudah alih dan perlindungan liabiliti peribadi untuk kecederaan badan atau kerosakan harta pihak ketiga yang timbul daripada penggunaan pengecas dinding rumah EV.
Disokong oleh permulaan yang baik pada tahun 2025, dengan hampir 24,000 kenderaan terjual dalam empat bulan pertama, Honda Malaysia yakin bahawa e:N1 akan mengukuhkan lagi kedudukan uniknya dan kehadiran pasaran yang kukuh dalam industri. Syarikat mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua pelanggan atas sokongan berterusan mereka, yang telah memainkan peranan penting dalam mengekalkan momentum perniagaan yang positif.
Untuk membuat tempahan bagi e:N1, pelanggan boleh melayari https://prebook.honda.com.my/ atau mengakses aplikasi HondaTouch atau mengunjungi mana-mana lapan pengedar Honda BEV yang sah. Untuk maklumat lanjut mengenai BEV ini, pelanggan boleh menghubungi nombor Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my.
● Harga atas jalan tanpa insurans. Harga tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu
** Tersedia berdasarkan siapa cepat, dia dapat
*** Terma dan syarat dikenakan