Siakap Keli
Resort World Genting Raikan Diamond Jubilee dengan Hadiah Bernilai RM300,000: Semua Pengunjung Dijamin Pulang Sebagai Pemenang!
Gambar Hiasan

Resort World Genting Raikan Diamond Jubilee dengan Hadiah Bernilai RM300,000: Semua Pengunjung Dijamin Pulang Sebagai Pemenang!

Resort World Genting Raikan Diamond Jubilee dengan Hadiah Bernilai RM300,000: Semua Pengunjung Dijamin Pulang Sebagai Pemenang!

Genting Highlands, 15 Mei 2025 – Sempena sambutan ulang tahun ke-60 Genting yang penuh bermakna, satu acara istimewa bertemakan “Diamond Jubilee Madness” bakal berlangsung pada 30 Mei 2025. Acara sehari ini menjanjikan pelbagai bentuk hiburan, aktiviti menyeronokkan serta hadiah menarik. Lebih istimewa, setiap pengunjung dijamin pulang sebagai pemenang!

Bermula dari 1 hingga 28 Mei 2025, kempen ini merupakan penghargaan kepada enam dekad penuh kenangan di Genting. Acara kemuncaknya, Cabutan Hadiah Blind Box, akan diadakan pada 30 Mei 2025 bertempat di Kimhua Atrium, SkyAvenue, Resorts World Genting (RWG). Cabutan ini akan berlangsung
dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, dengan pendaftaran dibuka seawal jam 9:30 pagi. Acara bersejarah ini terbuka secara eksklusif kepada ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) baik yang baharu mahupun sedia, dengan hadiah dan wang tunai bernilai lebih RM50,000 menanti untuk dimenangi.

Ahli GRC yang menyertai kempen ini berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik, termasuk wang tunai RM10,000 untuk lima pemenang bertuah, petrol percuma selama setahun di Petron Genting untuk enam pemenang, tiket ke Genting SkyWorlds beserta barangan eksklusif, hadiah jenama premium seperti kotak kejutan Pop Mart, baucar beli-belah New Era, pengalaman menjamu selera di restoran terkemuka seperti Burger & Lobster, Harry Ramsden dan Five Guys dan minuman percuma.

Mudah sahaja untuk menyertai kempen ini. Ahli GRC yang baharu hanya perlu mendaftar sepanjang bulan Mei untuk menerima satu peluang bermain secara percuma melalui aplikasi mudah alih RWG. Bagi ahli sedia ada, peluang bermain boleh diperoleh dengan berbelanja di outlet yang mengambil bahagian dalam Genting Rewards. Setiap perbelanjaan berjumlah RM100 akan memperoleh 1 Genting Point (GP), dan setiap 2 GP melayakkan ahli GRC menyertai satu peluang bertuah. Ahli GRC boleh menebus sehingga dua peluang dari 1 hingga 28 Mei, memberikan ganjaran tambahan untuk setiap perbelanjaan. Pada hari terakhir kempen, ahli boleh menebus satu peluang terakhir melalui aplikasi dengan memotong 2 GP, memberi ahli GRC satu peluang terakhir untuk meningkatkan peluang mereka.

RWG baru-baru ini memperkenalkan Program Keahlian Genting Rewards yang serba baharu, sepenuhnya digital dan tanpa memerlukan kad fizikal. Ahli kini boleh menggunakan kod QR GeM atau nombor telefon mudah alih untuk mengumpul dan menebus mata ganjaran di seluruh resort, termasuk hotel, restoran, beli-belah, dan hiburan. Aplikasi mudah ahli RWG yang ditambah baik kini menawarkan pengalaman lebih lancar, membolehkan ahli menempah bilik hotel, membeli tiket konsert, dan menebus baucar, hanya melalui telefon pintar. Bagi yang belum mendaftar, inilah masa terbaik untuk mendaftar melalui aplikasi RWG dan memulakan langkah pertama anda menuju ganjaran hebat, di mana semua pengunjung adalah pemenang!

Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam di RWG berkata, “Ini merupakan salah satu cara kami menghargai ahli GRC sempena sambutan ulang tahun ke-60. Matlamat utama adalah untuk memudahkan proses memenangi hadiah lebih mudah dan selesa sebagai tanda
penghargaan serta terima kasih atas sokongan berterusan mereka.”

Hadiah adalah terhad dan penebusan berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”. Oleh itu, para pengunjung digalakkan hadir awal dan bersedia untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan. Sertailah sambutan penuh bersejarah ini, satu acara istimewa di mana kenangan dicipta dan
setiap pengunjung adalah pemenang. Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi kami.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.