Siakap Keli
lelaki jeans saiz 32
Kredit: detik

Kait Saiz Jeans Dengan Risiko Mati Awal, Menteri Indonesia Akui Salah Cakap

Kait Saiz Jeans Dengan Risiko Mati Awal, Menteri Indonesia Akui Salah Cakap

Indonesia – Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin memberi penjelasan terhadap kenyataan beliau berkenaan lelaki yang memakai seluar jeans bersaiz lebih dari 32 berisiko meninggal awal.

Ketika memberi penjelasan terhadap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Budi menegaskan niat sebenarnya berkata demikian untuk menyampaikan tentang indeks jisim badan (BMI), lapor detik.com.

“Beginilah, saya ni sering tersilap bila bercakap. Bila kita makan lemak, secara normal lemak itu akan disimpan di bawah kulit, iaitu dalam lapisan subkutaneus (subcutaneous fat). Tetapi jika lemak itu berlebihan, ia akan mula melekat pada organ-organ dalaman seperti jantung dan hati. Lemak yang berkumpul di sekitar organ dalaman ini dipanggil lemak viseral dan inilah yang berbahaya,” jelas beliau.

Tambah beliau, lemak yang melekat di bahagian tubuh yang tidak sepatutnya berisiko menyebabkan protein sitokin pro-radang terhasil.

Menurutnya lagi, protein ini mampu merosakkan organ dalaman. Berikutan itu, beliau menyarankan agar masyarakat mengekalkan BMI di bawah 24 dengan menurunkan lemak jahat yang bersarang di sekeliling organ dalaman.

“Sebaiknya kita turunkan BMI ke paras bawah 24. Tapi untuk sebut BMI 24 tu kadang-kadang susah untuk difahami. Lebih mudah ialah ukur lilit pinggang. Bagi lelaki, ukur lilit pinggang sepatutnya bawah 90 sentimeter manakala bagi wanita bawah 80 sentimeter,” tambahnya.

Terdahulu, Budi mendedahkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jangka hayat seseorang. Salah satunya termasuk faktor obesiti. Beliau turut memberi amaran terhadap lelaki yang memakai seluar jeans bersaiz 32 ke atas kerana berisiko meninggal dunia lebih awal.

“Jika lelaki membeli seluar jeans dengan saiz lebih daripada 32 atau 33, sebagai contoh saiz 34, itu menunjukkan tanda obes. Jika begitu, kemungkinan untuk kembali kepada Allah lebih cepat berbanding mereka yang saiz seluarnya 32.

“Saya bukan hendak menghina bentuk badan tetapi hakikatnya begitulah,” kata beliau tempoh hari.

Sumber: detik

BACA: Gelagat Guru Yang Buat Kita Tersenyum Bila Ingat Balik

BACA:Mechamato Nombor 1 Di Platform Penstriman China Lepas 72 Jam Ditayangkan

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.