Siakap Keli
nelayan maut dipanah petir
Kredit: Bernama

Nelayan Maut Dipanah Petir

KANGAR, 16 Mei (Bernama) — Seorang nelayan maut selepas dipanah petir ketika berada dalam bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat, dekat sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar Supt Baeyah Abdul Wahab berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian menimpa Muhamad Faiez Othman, 28, daripada abangnya pada 11.50 malam.

Beliau berkata insiden berlaku pada 9.50 malam ketika mangsa bersama seorang awak-awak bot itu dalam perjalanan pulang ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sanglang berikutan hujan dan kilat.

BACA: Dipanah Petir, Dua Mahasiswa Maut Ketika Berkhemah

“(Sebelum kejadian) kira-kira 7 malam, Muhamad Faiez dan awak-awak itu keluar menaiki bot dari jeti terbabit ke Persisiran Pantai Kuala Sungai Padang untuk memukat udang.

“Ketika dalam perjalanan balik ke jeti, tiba-tiba kilat telah menyambar di sekitar kawasan bot yang menyebabkan Muhamad Faiez rebah terlentang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baeyah berkata nelayan itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, di sini dengan ambulans Klinik Kesihatan Kuala Sanglang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati nelayan itu mengalami pendarahan di telinga sebelah kiri dan luka melecur di bahagian paha kanan manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: BERNAMA

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.