Tular Video Graduasi Pelajar Sekolah Di Indonesia Persis Majlis Konvokesyen IPT Curi Perhatian
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan majlis graduasi pelajar SMK Citra Bangsa Mandiri (CBM) Purwokerto, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah yang berlangsung pada Khamis lalu mencuri perhatian ramai.
Dalam rakaman tersebut, majlis itu mencuri perhatian ramai apabila para guru dan pelajar turut dilihat memakai jubah itu seolah-olah menyerupai majlis Konvokesyen di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Menurut laporan portal Antara News, pengetua sekolah itu, Prisillia Mutiara Sari memberitahu bahawa majlis itu merupakan satu simbolik penghormatan dan penghargaan kepada pelajar, guru, serta ibu bapa atau penjaga.
Beliau memaklumkan bahawa majlis telah menjadi satu tradisi di sekolah berkenaan sejak tahun 2013 dan dipersetujui oleh pelajar dan ibu bapa.
https://www.facebook.com/reel/4193882730931402
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja melihat kelainan yang dibawakan oleh alma meter itu.
Tular Masjid Beri Cabutan Bertuah Selepas Solat Tarawih Curi Perhatian Ramai
Sebelum ini, tular video memaparkan jemaah di Masjid Hanna Samsiah Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan selepas melakukan solat sunat tarawih.
Menariknya dalam perkongsian TikTok milik @btari_farida memaparkan jemaah menerima hadiah daripada cabutan bertuah, dipercayai diadakan oleh pihak masjid selepas selesai menunaikan solat itu sepanjang Ramadan.
“Ramadan penuh keberkatan, pengasas merangkap pemilik masjid, Hanna Samsiah, sekali lagi memberikan hadiah yang diundi setiap malam selepas solat tarawih sepanjang bulan Ramadan, dengan pelbagai hadiah termasuk hadiah utama pakej menunaikan umrah.
Semua jemaah dilihat tidak berganjak daripada saf masing-masing, menantikan proses cabutan undi yang akan dilakukan.
Sementara itu, dalam perkongsian video lain, memaparkan seorang wanita bertuah memenangi sebuah mesin basuh baju pada malam kedua solat tarawih.
“Majlis penyerahan hadiah undian ramadan malam ke-2 ,” tulis klip berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan reaksi positif terhadap video itu.
Malah adanya yang memuji tindakan yang dilakukan oleh pihak masjid dalam usaha menggalakkan umat Islam menunaikan solat tarawih secara berjemaah.
Sumber: ANTARA News