71 Sekolah Di KL, Selangor Dibenarkan Laksana PdPR Semasa Sidang Kemuncak ASEAN – KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kebenaran kepada 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 Mei hingga 28 Mei 2025.
Menurut KPM, ia bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
“Cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas,” maklum kenyataan itu.
Tambah KPM, ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.
“KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
Senarai 71 Sekolah Yang Terlibat Di KL, Selangor
Sebelum ini, KPM sedia melaksanakan PdPR semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan bagi mengelak kesesakan jalan raya.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti sekolah yang terlibat bagi pelaksanaan PdPR itu.
“Ya, memang ada perbincangan (pelaksanaan PdPR) dan kita sedang mengenal pasti sekolah-sekolah yang terlibat untuk memastikan kelancaran program ASEAN dan mengelakkan kesesakan jalan raya.
“Jadi tidak ada masalah, kita bersedia untuk melaksanakan proses tersebut dan juga kita memberikan komitmen sepenuhnya, dan memang ada perkara itu dibincangkan (di KPM),” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini.
Sumber: KPM
BACA: Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijah Pada 27 Mei