Siakap Keli
YBrs. Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN (dua dari kiri) menyerahkan replika kad manfaat perlindungan takaful Simpan SSPN serta sumbangan CSR PTPTN kepada balu Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri di Kampung Sungai Itek, Perak.

Program Ziarah Kasih PTPTN: Manfaat Takaful Simpanan SSPN Jamin Pendidikan Anak-Anak Mangsa Nahas FRU

PROGRAM ZIARAH KASIH PTPTN: MANFAAT TAKAFUL SIMPAN SSPN JAMIN PENDIDIKAN ANAK-ANAK MANGSA NAHAS FRU

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah Kasih PTPTN telah mengunjungi lima (5) buah rumah mangsa nahas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Negeri Perak.

Sesi ziarah telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Dr. Aminuddin bin Md Hanafiah, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN dan YBrs. Puan Mastura binti Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN.

Semasa sesi ziarah tersebut, PTPTN telah memberikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berupa wang tunai berjumlah RM15,000 kepada anak-anak mangsa kemalangan nahas FRU tersebut melibatkan seramai 15 orang.

Setiap anak menerima RM1,000 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Selain itu, PTPTN turut menyampaikan manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) kepada dua (2) waris mangsa yang terlibat iaitu Allahyarham Mohd Roslan bin Abd Rahim dan Allahyarham Amiruddin bin Zabri.

Allahyarham Mohd Roslan bin Abd Rahim, 46 tahun anggota FRU berpangkat Sarjan merupakan pendeposit Simpan SSPN Prime yang telah membuka akaun untuk diri sendiri pada 7 Mei 2025 dan mempunyai simpanan yang melayakkan beliau menerima manfaat perlindungan takaful berjumlah RM1,000.00 berserta khairat kematian berjumlah RM3,000.00.

Ini  menjadikan keseluruhan manfaat Simpan SSPN Prime diterima berjumlah RM4,000.00.

Allahyarham juga telah membuka tiga (3) akaun Simpan SSPN Plus di bawah Pakej Intan untuk tiga (3) orang anak pada 31 Mac 2019.

Melalui Pakej Intan dengan komitmen sebanyak RM30.00 sebulan untuk setiap akaun iaitu simpanan RM20.00 dan caruman takaful sebanyak RM10.00 melayakkan beliau sebagai pendeposit Simpan SSPN Plus dilindungi dengan manfaat perlindungan takaful (kematian kemalangan) berjumlah RM60,000.00 untuk satu (1) akaun dan jumlah keseluruhan RM180,000.00 untuk tiga (3) akaun.

Selain itu, waris juga layak menerima khairat kematian berjumlah RM9,000.00 untuk tiga (3) akaun tersebut. Ini menjadikan keseluruhan manfaat Simpan SSPN Plus yang diterima berjumlah RM189,000.00.

Maka jumlah keseluruhan manfaat Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang diterima adalah berjumlah RM193,000.00.

Manakala, Allahyarham Amiruddin bin Zabri, 38 tahun anggota FRU berpangkat Koperal, juga merupakan pendeposit Simpan SSPN Prime yang telah membuka akaun untuk diri sendiri pada 7 Mei 2025 dan mempunyai simpanan yang melayakkan beliau menerima manfaat perlindungan takaful berjumlah RM1,000.00 berserta khairat kematian berjumlah RM3,000.00.

Ini menjadikan keseluruhan manfaat Simpan SSPN Prime diterima berjumlah RM4,000.00.

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN berkata, “PTPTN berharap melalui sumbangan CSR dan manfaat perlindungan takaful serta khairat kematian Simpan SSPN dapat membantu meringankan beban kewangan waris pendeposit yang kehilangan insan tersayang.

Walaupun tiada nilai yang dapat menggantikan kehilangan tersebut, manfaat yang diterima diharapkan mampu menjamin pendidikan anak-anak Allahyarham serta memberikan sokongan kepada kelangsungan hidup mereka.

Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN sentiasa komited dalam memastikan aspek pendidikan sentiasa terpelihara.”

PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Simpan SSPN sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan individu ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Maklumat lanjut berkenaan Simpan SSPN boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.