11 Negeri Dilanda Hujan Lebat, Ribut Petir Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat meliputi 11 negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.
Amaran yang dimuat naik di laman Facebook itu menjangkakan hujan lebat di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka. Begitu juga di beberapa kawasan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Di Perak, Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar dijangka hujan lebat. Begitu juga Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Keadaan di Pahang pula menunjukkan hujan lebat dan ribut petir bakal melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Maran. MET Malaysia turut menyenaraikan Kuantan, Pekan dan Rompin bakal menerima hujan lebat.
Terus ke Selangor, daerah yang dijangka alami cuaca buruk termasuk Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan juga Gombak. Selain itu, daerah Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang juga turut tersenarai.
Di Negeri Sembilan pula, daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin turut disenarai dalam amaran tersebut.
Turun ke Johor, MET Malaysia jangka hujan lebat dan ribut petir landa daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing.
Beralih ke Sarawak, kawasan yang tersenarai termasuk Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu. Begitu juga Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Manakala di Sabah, Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) dijangka hujan lebat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar tidak mendekati lokasi berisiko. Amalkan langkah keselamatan ketika berada di kawasan terbuka.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
BACA: Cara Berkesan Perangkap Lalat, Tak Sampai 5 Minit Dah Penuh
BACA: Kait Saiz Jeans Dengan Risiko Mati Awal, Menteri Indonesia Akui Salah Cakap