Siakap Keli

Mission Impossible: The Final Reckoning Banyak Bercakap Dari Aksi?

Jumaat lepas SK dijemput ke tayangan media untuk filem Mission Impossible: The Final Reckoning. Terima kasih kepada United International Pictures.

Lepas tonton filem Mission Impossible kali ini, SK terfikir pada usia 62 tahun Tom Cruise masih mampu buat aksi lagak ngeri sendiri tanpa perlu stunt man lain.

Agaknya macam mana la kita nanti pada usia 60 tahun kan? bertongkat ke, berkerusi roda ke, terlantar ke tiada lagi di dunia ni?

Okay, masuk semula ke ulasan tentang filem ini.

Francais Kelapan Dalam Mission Impossible

The Final Reckoning adalah filem kelapan dalam francais Mission Impossible.

Sejak mula ditayangkan pada 1996, bermakna sudah 29 tahun filem kekal bertahan dan relevan di hati peminat.

Berbanding beberapa francais lain yang sudah banyak menyimpang jauh dari konsep asal filem pertama.

Tom Cruise bukan sahaja menjadi hero dalam filem ini malah beliau menjadi nadi penting dalam francais Mission Impossible.

Kesemua aksi lagak ngeri francais filem ini dilakukan sendiri oleh Tom Cruise sejak 1996 sehingga kini.

Jika satu hari nanti pihak produksi nak tukar kepada pelakong lain sebagai hero mungkin ‘nikmatnya’ dah tak sama.

Tidak hairanlah Tom Cruise adalah antara pelakon terbaik yang pernah Hollywood lahirkan.

Sinopsis The Final Reckoning

The Final Reckoning adalah sambungan dari filem ketujuh Dead Reckoning Part 1.

Misi kali ini Ethan dan pasukan IMF perlu menewaskan musuh tidak nyata iaitu AI yang cuba menghapuskan tamadun manusia.

AI ini dikenali sebagai entiti yang menular bagaikan virus mengawal satu per satu senjata nuklear negara-negara gergasi dunia.

Entiti ini juga sudah berjaya mencipta satu gerakan seperti kultus dan pengikutnya telah melibatkan tentera dan kerajaan seluruh dunia.

Anda boleh tonton di pawagam berdekatan sekarang untuk merasai aksi hebat yang ditampilkan dalam filem kali ini.

Apa Yang SK Suka?

Walaupun filem ini tidak seperti filem-filem sebelum ini, tapi The Final Reckoning masih lagi filem wajib tonton.

SK suka aksi lagak ngeri kali ini yang banyak melibatkan ruang udara yang buat SK kecut perut.

Sebab aksi di ruang udara kali ini betul-betul rasa macam kita yang bergayut di pesawat ringan tu.

Ditambah pula dengan aksi dalam laut yang buat SK tak cukup nafas bagaikan ikut lemas dengan Ethan.

Pelakon-pelakon yang lain tak perlu dipersoalkan dan semestinya mereka memberikan sebaik mungkin dalam filem ini.

Apa Yang SK Tak Suka?

SK merasakan filem ini agak banyak scene penerangan kerana musuh kali ini adalah AI.

Jadi, pada 15-20 minit awal ada babak aksi tapi lebih banyak babak bercakap kadang sampai SK menguap.

Tapi selepas memasuki second act, rasa mengantuk tu mula hilang dan rasa adrenalin terus memuncak.

Kemudian, mungkin ada babak yang SK rasakan kurang logik untuk manusia menghadapinya.

SK tak boleh ceritakan disini kerana boleh jadi spoiler.

Tapi nama pun Mission Impossible dan harus diingat ada 3 watak Hollywood yang takkan mati. Ethan, Dom Toretto dan John Wick.

Jadi, kena berlapang dada la bila anda dah sampai ke babak yang SK maksudkan nanti.

Babak yang sepatutnya manusia normal akan mati dah tapi tetap berjaya diselamatkan.

Kesimpulan

Walaupun ada yang SK tak suka tapi tidak langsung meletakkan filem ini sebagai filem biasa ataupun teruk.

Ia masih lagi sebuah karya yang berkelas dunia dan masih lagi puas ditonton.

Aksi tanpa henti di second dan third act pasti anda tak menyesal untuk bayar tiket.

Cuma perlu bersabar sikit di first act yang banyak explaination dan perbincangan pasal Entiti.

BACA JUGA: Ramai Tak Sabar Tonton Lakonan ‘Sofyank x Tom Cruise’

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.