Siakap Keli
isi bagasi peserta af
Kredit: Nana Mahzan

Rupanya Bukan Gimik, Nana Dedah Apa Ada Dalam Bagasi Peserta AF

Rupanya Bukan Gimik, Nana Dedah Apa Ada Dalam Bagasi Peserta AF

Nana Mahazan, satu nama yang sudah tidak asing lagi bagi warga Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam bidang seni menerusi kemunculan di Akademi Fantasia Satu pada tahun 2003, Nana kini dikenali sebagai pelakon, penyanyi, penyampai radio juga pengacara televisyen.

Menginjak usia 41 tahun, Nana masih lagi aktif dalam dunia hiburan khususnya sebagai pengacara dan penyampai radio.

Dia juga tidak ketinggalan dalam berinteraksi bersama peminat setianya di media sosial.

Baru-baru ini, nama selebriti ini kembali meniti di bibir apabila muncul di laman TikTok bagi menjawab satu persoalan yang bermain di benak fikiran ramai selama ini.

Persoalan yang ditimbulkan oleh salah seorang pengguna TikTok berkenaan isi bagasi peserta AF yang tersingkir. Seperti yang diketahui, setiap kali tibanya segmen penyingkiran, setiap peserta perlu membawa bagasi masing-masing, menandakan bahawa ada yang perlu pulang.

Ia merupakan salah satu momen ikonik yang masih diingati sehingga kini.

Menjawab persoalan itu, Nana mendedahkan bahawa setiap bagasi yang dibawa ketika penyingkiran memang berisi baju peserta sendiri.

“Untuk AF lain saya tak tahu tapi untuk AF Satu, memang setiap minggu kita kena kemas beg. Beg yang diletak atas (pentas) tu memang beg pelajar yang tersingkir. Cuma saya dengar, lepas tu (AF yang selepas itu) mereka letak bagasi sesiapa sahaja secara rawak. Bila tersingkir mereka beri beg yang betul,” katanya.

Mengimbau kembali kenangannya ketika bergelar pelajar AF, Nana memaklumkan mereka perlu mengemas bagasi masing-masing setiap minggu sebelum keluar daripada akademi.

“Masuk minggu ketiga, kitorang dah tak keluarkan baju dari beg sebab tahu tiap minggu kena kemas beg bawa pergi konsert. Siapa yang tersingkir, itulah beg yang kita ambil dan terus keluar. Memang takkan jumpa dah kawan-kawan kita dalam Akademi Fantasia sampai Akademi Fantasia tu habis,” ulasnya lanjut.

@nanamahazan

Replying to @Fakhrul

♬ NO SOUND – Sok Baraby

Di ruangan komen, ramai yang lega apabila akhirnya persoalan ini terjawab. Di samping itu, ada juga yang turut mengimbau kenangan Akademi Fantasia musim-musim terawal suatu ketika dahulu.

“Tu dia alumni AF dah bagi jawapan. Akhirnya dah boleh tidur dengan tenang,” kata warga maya.

“Patut lah setiap penyingkiran mesti banyak drama air mata kat atas pentas. Rupanya diorang takkan jumpa lagi dan atas pentas tu lah hari terakhir diorang jumpa dalam AF,” ujar salah seorang warga maya.

“AF Satu memang program mencungkil bakat. Mana taknya, dia menyanyi, kawan-kawan sendiri berlakon dan jadi penari,” imbau seorang lagi.

Sumber: Nana Mahzan

BACA: Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria Bukan Sekuel Biasa

BACA: PTU Cipta Sejarah, Pamer Kehandalan Terbangkan ‘Toruk Makto’

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.