Siakap Keli
grab piala fa

Bawa Masuk Bola Final Piala FA, Rupanya Ada Kisah Sebenar Kenapa Abang Grab Ni Terpilih 

Imbas kembali pada tanggal 24 Ogos 2024, perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 menjadi memori dalam kalangan penonton tak kiralah dari pihak Johor Darul Ta’zim mahupun Selangor FC. Walau bagaimanapun, perlawanan tersebut berpihak kepada JDT dengan kemenangan 6 berbalas 1.

Namun, dalam perlawanan tersebut, ada satu detik bersejarah yang sangat bermakna bagi seseorang, iaitu pembawa masuk bola final Piala FA untuk diserahkan kepada pengadil bertugas, Nazmi Nasarudin. Individu yang dimaksudkan adalah Ku Mohd Shukri Bin Ku Ibrahim yang diberi peluang menjadi orang penting dalam perlawanan tersebut.

@grabmy

Siapa abang berjaket Grab yang anda semua nampak di Stadium Bukit Jalil haritu? 🤔 Itu Abang Shukri. 😌 Perjalanan beliau bersama Grab bermula pada Oktober 2018. Beliau juga kini sedang membina empayar perniagaan bundle kasut demi masa depannya. Jom ikuti perjalanan beliau di final Piala FA hari Sabtu yang lalu! ⚽️ Kredit lagu: Faizal Tahir – Gemuruh #GrabFCxMFL #PialaFA2024

♬ original sound – GrabMY – GrabMY

Mengakui ianya bukanlah tugas yang mudah walaupun hanya sekadar membawa masuk bola, namun detik itu memberikan pengalaman yang paling berharga buat dirinya. Namun, ada kisah disebalik pemilihan beliau sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk tugasan tersebut.

grab piala fa

Tapi siapa sebenarnya Ku Mohd Shukri Bin Ku Ibrahim?

Ku Shukri merupakan salah seorang Rakan Penghantar Grab yang telah berkhidmat sejak 2013 lagi dan telah menerima beberapa anugerah termasuk Anugerah Top Rider. Ketika abangnya masih hidup, mereka selalu bersaing untuk dapatkan pesanan yang lebih banyak namun sekarang hanya tinggal kenangan. Ku Shukri juga mempunyai seorang anak yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU), namun pekerjaannya sebagai Rakan Grab yang memudahkan dirinya untuk menguruskan sesi fisioterapi anaknya kerana jadual sebagai penghantar Grab adalah fleksibel.

Ku Shukri juga mempunyai minat yang mendalam terhadap ‘bundle’ sehingga berjaya membuka kedai sendiri. Baginya, sebagai rakan Grab dia perlu sedar bahawa tidak boleh dijadikan pekerjaan dalam masa jangka yang panjang. Jadi dengan adanya kedai ‘bundle’ sendiri ini membolehkan beliau merancang masa depannya dengan lebih cerah. 

“Menjadi Rakan Grab ni kita boleh jadikan sumber pendapatan untuk buka perniagaan, bila dah niaga, kita boleh tumpu pada perniagaan dan jadikan Rakan Grab sebagai kerja sampingan.”

Dengan menjadi Rakan Grab, Ku Shukri berjaya merealisasikan impiannya untuk menukarkan hobi ‘bundle’ kepada satu perniagaan setelah berjaya membuka kedai hasil simpanan daripada khidmatnya sebagai Rakan Grab.

Macam mana Ku Shukri boleh terpilih untuk bawa masuk bola final Piala FA?

Jika dihitung sejak perlawanan akhir tersebut, Ku Shukri telah berkhidmat selama 11 tahun bersama Grab dan mendapatkan beberapa anugerah membuktikan kesetian dan dedikasi beliau bersama Grab. Disebabkan faktor itu jugalah beliau diberi penghormatan untuk menjadi individu penting bagi membawa masuk bola ‘emas’ final Piala FA tersebut.

“Menghantar bola final tu ibarat macam menghantar bola emas. Bagi saya bola itu memang sangat penting. Tiada bola tu, tak bergerak orang atas padang untuk bermain.”

grab piala fa

Ku Shukri juga turut berkongsikan pengalaman ketik membawa masuk bola di mana beliau agak gemuruh dan risau, sehinggakan tidak dapat tersenyum. Manakan tidak, dengan ‘atmosfera’ bergema daripada penyokong kedua-dua pasukan, tiada ruang untuk melakukan sebarang kesilapan. Ku Shukri juga akan berkongsikan bahawa dia telah ditegur oleh jurukamera ketika membawa bola tersebut.

Tapi apa yang jurukamera tegur?

Kalau korang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku, korang boleh tengok video penuh di bawah.

Walaupun kisahnya hanya sebagai penghantar bola, namun kisah di sebalik tugasan tersebut membuatkan sesiapa menonton video ini naik bulu roma. Peluang yang datang, jangan disia-siakan kerana tidak semua orang boleh mendapatkannya.

Seperti Ku Shukri, beliau menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Grab kerana hargai rakan Grab sepertinya. Ia bukan sekadar penghormatan, tapi satu bukti kerjanya selama ini bukanlah sia-sia. 

#GrabBersamaMalaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.