“Bayar Cash,” Tular Helikopter Angkut Kereta Mewah Di Kawasan Gunung
Dengan kewujudan media sosial, saban hari kita berpeluang melihat pelbagai perkara yang tidak pernah terlintas akan berlaku dalam dunia. Perkongsian-perkongsian sama ada dari dalam mahupun luar negara sedikit sebanyak membuka mata kita tentang perkara luar biasa yang berlaku.
Antara kandungan yang sering mencuri perhatian ialah video-video pendek yang memaparkan situasi luar biasa, unik atau mengagumkan. Biasanya kandungan video berkisar tentang teknologi, budaya dan gaya hidup. Kadangkala, kita rasa seperti ia satu kejadian yang mustahil, ataupun terlalu mewah tetapi itu merupakan realiti kehidupan bagi sesetengah individu.
Begitu juga halnya dengan sebuah video yang tular baru-baru ini. Tanpa perlu penceritaan yang lebih, video berdurasi 29 saat itu mendapat perhatian warga maya.
Video berkenaan menunjukkan sebuah kenderaan MPV mewah dibawa menggunakan helikopter ke satu kawasan lapang.
Menurut pengguna TikTok, Almavan, kawasan berkenaan dipercayai berada di Ilaga, daerah Puncak, Papua Tengah, Indonesia.
“Orang puncak kalau beli kereta memang menyala. Tiada kredit, terus bayar tunai sebab bagi harga satu kereta tu naik (harga pasaran),” kongsinya.
Bagaimanapun, siapa pemilik kenderaan tersebut tidak diketahui.
@almavan48 Orang puncak kalau beli mobil mmg menyalaa 🔥🔥 NO kredit2 langsung cash, karna m kasih naik saja harga 1 mobil 🫣🤭#puncakilagapapua #bandaraaminggaru #timikapapua #pegununganpapua
Sebagai pengetahuan pembaca, kawasan tersebut merupakan Lapangan Terbang Aminggaru yang terletak di Kampung Arumaga, Daerah Ilaga, Puncak. Lapangan terbang ini dianggap lapangan yang paling ekstrim di Indonesia berikutan terletak di Pergunungan Papua Tengah. Di sana, keadaan geografi dan topografi sememangnya sukar dilalui dengan menggunakan pengangkutan darat.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya sempat berjenaka dalam kekaguman melihat cara penghantaran tersebut.
“Paling kurang balut dengan bubble wrap,” seloroh warga maya.
“Bungkus dengan kayu lebih selamat,” balas seorang lagi.
“Tak nak letak pelekat fargile sekali ke kak?” soal salah seorang warga maya.
“Rasanya memang tak diberi bayaran ansuran sebab kalau tertunggak, syarikat sewa beli pun pening nak tarik balik,” ulas yang lain.
Sumber: almavan48, Sumba Stori
BACA: Terhibur Tengok Haziq Nadzli Explain Pasal “Offside” Dekat Isteri
BACA: Rupanya Bukan Gimik, Nana Dedah Apa Ada Dalam Bagasi Peserta AF