Siakap Keli
Lebih Separuh Rakyat Malaysia Pernah Berdepan Kesukaran Mendapat Akses kepada Kredit, Menjadikan Pinjaman Tidak Formal Sebagai Pilihan untuk Menampung Kehidupan
Gambar Hiasan

Lebih Separuh Rakyat Malaysia Pernah Berdepan Kesukaran Mendapat Akses kepada Kredit, Menjadikan Pinjaman Tidak Formal Sebagai Pilihan untuk Menampung Kehidupan

Lebih Separuh Rakyat Malaysia Pernah Berdepan Kesukaran Mendapat Akses kepada Kredit, Menjadikan Pinjaman Tidak Formal Sebagai Pilihan untuk Menampung Kehidupan

Kuala Lumpur, 21 Mei 2025 – Bagi sebahagian rakyat Malaysia, memiliki akses walaupun kepada talian kredit yang kecil boleh menjadi penentu antara mampu membeli keperluan harian atau terpaksa beralih kepada kaedah pinjaman tidak formal yang boleh mendatangkan risiko, menurut tinjauan Fikir Sekarang, Bayar Kemudian oleh SPayLater.

Menerusi tinjauan terhadap lebih 40,000 pengguna di seluruh Malaysia, perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) ini mendapati bahawa 63% daripada pengguna yang sebelum ini bergantung kepada pinjaman tidak formal, termasuk pajak gadai, pemberi pinjam wang tidak berlesen, atau meminjam daripada keluarga dan rakan, tidak lagi melihat keperluan untuk menggunakan kaedah pinjaman tidak formal selepas menggunakan SPayLater.

Selari dengan itu, 59% melihat akses kepada perkhidmatan kredit sebagai satu keperluan untuk berbelanja bagi keperluan asas, terutamanya dalam ekonomi Malaysia moden. Namun begitu, lebih separuh (55%) mengakui mereka tidak mempunyai akses kepada kredit selain daripada SPayLater dan produk BNPL lain, sekali gus menonjolkan jurang antara kebolehcapaian kredit dan kos sara hidup.

Apabila membincangkan akses pengguna kepada kredit, 12% merasakan keperluan kredit mereka tidak dipenuhi oleh bank. Tambahan lagi, 18% sama ada tidak mempunyai akses atau tidak menggunakan perkhidmatan perbankan langsung, menonjolkan populasi yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan walaupun Malaysia sedang mengalami pendigitalan kewangan yang pesat.

Realiti ini disokong oleh 81% responden yang bergantung kepada SPayLater untuk membantu mereka melalui masa sukar atau kejutan kewangan. Respons pengguna menunjukkan pembelian barangan/perkhidmatan keperluan harian seperti susu formula bayi, perbelanjaan perubatan, pembaikan kenderaan/peralatan rumah, serta pembaharuan insurans atau takaful sebagai penggunaan kecemasan yang biasa untuk SPayLater.

Tinjauan ini turut mendapati bahawa:

  • 57% menggunakan SPayLater untuk menguruskan aliran tunai dengan lebih baik

  • 46% menggunakannya sebagai cara untuk menjambatani bajet mereka sehingga gaji berikutnya

  • 32% menggunakan SPayLater terutamanya untuk perbelanjaan mengejut

  • 10% menggunakan SPayLater untuk membiayai operasi perniagaan kecil mereka

Menariknya, 93% pengguna merancang bajet bulanan mereka dengan memasukkan bayaran balik SPayLater, dan melihatnya seperti bil utiliti bulanan.

Dengan mengambil kira penggunaan SPayLater dalam tabiat perbelanjaan mereka, 89% merasakan perkhidmatan ini telah membantu mereka menguruskan bajet dan perbelanjaan dengan lebih berkesan. Manakala 95% percaya perkhidmatan ini telah memperbaiki kemahiran pengurusan hutang mereka.

Tingkah laku ini telah menyumbang kepada amalan kewangan yang lebih baik, dengan penurunan tahunan dalam pembayaran lewat, selari dengan data daripada Lembaga Pengawas Kredit Pengguna yang melaporkan trend penurunan dalam kadar tunggakan BNPL negara (5.3% pada 2023 kepada 2.6% pada 2024).

Apabila ditanya, 42% merasakan bahawa SPayLater sebagai perkhidmatan pembiayaan membolehkan mereka rasa lebih kawalan terhadap kewangan mereka, tetapi 2% melaporkan rasa cemas apabila perlu bergantung kepada kredit jangka pendek untuk memenuhi keperluan asas.

Namun begitu, semakin ramai pengguna menyatakan hasrat untuk integrasi SPayLater yang lebih meluas, khususnya dengan peniaga yang menawarkan perkhidmatan perubatan, barangan runcit dan keperluan isi rumah.

Fikir Sekarang, Bayar Kemudian

Kempen Fikir Sekarang, Bayar Kemudian oleh SPayLater bertujuan menggalakkan penggunaan BNPL secara berhemah dengan mempromosikan tabiat kewangan yang lebih baik dan penggunaan SPayLater secara berkesan. Dengan mendidik pengguna tentang amalan terbaik dan menerangkan mengapa dan bagaimana rakyat Malaysia memilih untuk Beli Sekarang Bayar Kemudian, SPayLater mahu anda untuk Fikir Sekarang, sebelum anda Bayar Kemudian.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.