Ribut Petir Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah,, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Manakala seluruh kawasan di Perlis, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan juga diramal hujan.
“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling. Manakala Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Bagi Kelantan, beberapa daerah diramal hujan seperti Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang. Sementara Terengganu melibatkan kawasan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
“Di Pahang pula, kawasan yang terlibat seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin. Selain Selangor di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.
“Selain itu, kawasan yang terlibat di Negeri Sembilan pula adalah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau. Di Johor hanya melibatkan tiga daerah, Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.
“Beralih ke Sarawak, Sri Aman (Sri Aman), Miri (Telang Usan dan Miri) dan Limbang antara kawasan yang diramal hujan.
“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Kudat,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Lagu ‘Negaraku’ Gagalkan Cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin Menyamar
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02LHsrPyjBCNCYDFnNKJnhwqpcrRn21nhYUstDs5iXNt6dJ3eQDsXhSZHjXnPikP8Bl