Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gaji pensyarah indonesia terendah
Kredit: Kompas

Gaji Pensyarah Indonesia Terendah Di Asia Tenggara – Kajian

Azizah Najib

Gaji Pensyarah Indonesia Terendah Di Asia Tenggara – Kajian

JAKARTA – Satu kajian mendapati gaji pokok pensyarah di universiti awam (PTN) Indonesia terendah di Asia Tenggara. Ia hanya bersamaan 1.3 kali gaji minimum negeri (UMP), angka ini menggambarkan situasi pendapatan yang amat rendah bagi golongan akademik di negara itu.

Menurut pasukan Jurnalisme Data Harian Kompas, jumlah gaji ini hanya setara dengan 143 kilogram beras. Ia menggambarkan kuasa beli yang lemah dalam kalangan pensyarah. Kajian yang dijalankan dari 4 hingga 23 April 2025 itu melibatkan 36 pensyarah dari pelbagai universiti awam di seluruh Indonesia.

Jika perbandingan dilakukan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Malaysia, Vietnam, Thailand dan Kemboja, angka ini menunjukkan jurang yang ketara. Gaji pensyarah di Kemboja mencecah 6.6 kali gaji minimum, manakala di Thailand 4.1. Vietnam pula setinggi 3.42 kali gaji minimum.

Sementara itu, purata jam kerja mingguan pensyarah universiti awam sepanjang 2024 pula mencecah 69.64 jam seminggu.

Data menunjukkan 33 peratus pensyarah bekerja antara 41 hingga 60 jam, 28 peratus lagi antara 61 hingga 80 jam manakala 22 peratus pula bekerja melebihi 81 jam seminggu.

Keadaan ini memaksa pensyarah mencari pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat. Ramai antara mereka mengambil kerja luar atau mengajar tambahan, selain terlibat dalam aktiviti kampus untuk menambah pendapatan.

Pengerusi Gabungan Pensyarah Lantikan Kerajaan (ASN) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Indonesia (Adaksi), Fatimah berkata kebanyakan pensyarah muda terutamanya yang baru sahaja lulus S2, hanya menerima gaji bersih sekitar Rp3 juta (RM 778) sebulan. Manakala di Malaysia, gaji bersih pensyarah muda sekitar USD1,126 (RM4,730) dan Singapura pula menunjukkan gaji bersih tertinggi iaitu USD5,262 (RM22,108).

“Banyak pensyarah nampak seperti berduit kerana mereka bekerja di luar jam kerja yang sepatutnya demi memenuhi keperluan hidup,” ujarnya.

Menurut Wakil Pengarah Adaksi, Anggun Gunawan, pensyarah di universiti kecil pula perlu mencari pekerjaan tambahan di luar kampus berikutan kekurangan beban mengajar disebabkan jumlah pelajar yang sedikit.

Beliau berkata, ramai antara rakan pensyarahnya mengalami keletihan sehingga perlu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

Kredit: Perupa Data

Sumber: Kompas

BACA: Cukai Jalan Avanza Di Indonesia Lebih Mahal Berbanding Malaysia

BACA: Jangan Hon Gajah Liar, Ikuti Langkah Keselamatan Ini