Siakap Keli
asean 5g
Kredit: Bernama

Sidang ASEAN Dah 5G, Ini Pula Yang Kerajaan Sediakan Untuk Kampung Kita

Masa sidang kemuncak ASEAN ke-46 yang sedang berlangsung, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah pun sediakan 29 unit 5G in a Box kat lokasi strategik untuk lebih 1,200 petugas media dari dalam dan luar negara.

Kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kelajuan Internet di lokasi persidangan berada pada tahap yang amat baik dengan unit sambungan disediakan MCMC.

“Tahap kelajuan Internet amat baik, antara 300 hingga 600Mbps dan mencecah 1Gbps di pusat media antarabangsa,” katanya.

Persidangan kali ini menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota ASEAN untuk membincangkan isu serantau selain memperkukuh kerjasama ekonomi negara terlibat.

asean 5g
Kredit: Bernama

Putrajaya dah laju, tapi kat kampung, masih ada tertanya-tanya, “Bila 5G nak masuk kampung kami?”

Kalau korang nak tahu, Malaysia merupakan antara negara terpantas bangunkan 5G berbanding negara-negara lain di seluruh dunia. Setakat Disember tahun lepas je, dah 82.8 peratus kawasan berpenduduk kat Malaysia yang menikmati 5G.

Bukan tu je, 5G negara kita ni ketiga paling laju di dunia untuk kelajuan muat turun, dan paling laju di Asia Tenggara (485.25Mbps). Singapura dan Thailand pun jauh ketinggalan di belakang dengan masing-masing 338.36 Mbps dan 141.65 Mbps.

5G ni bukan je untuk tengok video, tapi membantu kita dalam kehidupan seharian. Kat bandar, kebanyakan orang dah guna pembayaran cashless dengan QR. Kalau kat kampung pun dah mula guna 5G, lagi mudahlah nak beli nasi lemak kat tepi jalan nanti.

Makcik-makcik pun boleh jual barang dalam live tanpa sangkut, buat appointment hospital online dan paling penting, kalau asrama atau universiti tak ada air, student boleh balik kampung dan tetap boleh hadir kelas online tanpa lag.

Walaupun penuh cabaran, setakat ni dah lebih 9 juta premis seluruh negara dah dapat akses Internet berkelajuan tinggi dan gentian optik melalui inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Kredit: Bernama

Selain tu, tindakan sediakan Internet 5G untuk persidangan ASEAN ni buktikan Malaysia sudah bersedia nak kembangkan 5G di seluruh negara. Bahkan kalau guna sistem 5G in a Box yang lebih portable untuk ke ceruk kampung pun, tak mustahil, walaupun ia mungkin penyelesaian bagi jangka masa sederhana.

Kalau ada yang tertanya-tanya, 5G in a Box ni adalah satu sistem 5G portable yang boleh dipasang dan diaktifkan dalam tempoh singkat. Biasanya dilengkapi komponen utama seperti radio 5G, 5G Core mini dan sambungan backhaul sama ada fiber optik atau satelit. Bahasa mudahnya, macam pencawang tapi versi mudah alih.

Internet ni dah jadi satu keperluan asas. Harapnya dengan adanya teknologi 5G ni, semua rakyat Malaysia dapat akses Internet yang stabil pada harga mampu milik. Dah tak perlu panjat pokok untuk dapatkan Internet lagi.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.