Siakap Keli
Cabutan Undi Memberi Manfaat Kepada Kontraktor G1 Hingga G4 - Menyegerakan Kerja Penyelenggaraan Berkala Pavamen Dan Bukan Pavemen Di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Zon Tengah Dan Timur Tahun 2025
Gambar : Roadcare

Cabutan Undi Memberi Manfaat Kepada Kontraktor G1 Hingga G4 – Menyegerakan Kerja Penyelenggaraan Berkala Pavamen Dan Bukan Pavemen Di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Zon Tengah Dan Timur Tahun 2025

Cabutan Undi Memberi Manfaat Kepada Kontraktor G1 Hingga G4 – Menyegerakan Kerja Penyelenggaraan Berkala Pavamen Dan Bukan Pavemen Di Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Zon Tengah Dan Timur Tahun 2025

BANGI, SELANGOR – Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia hari ini mewakili Kementerian Kerja Raya (KKR) membuat cabutan undi bagi memilih kontraktor Bumiputera Gi-G4 yang layak untuk melaksanakan 111 kerja penyenggaraan jalan berkala pavamen dan 172 kerja berkala bukan pavamen bernilai RM182.396 juta bagi Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Zon Tengah dan Timur Tahun 2025 yang melibatkan negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kerja-kerja penyenggaraan di empat negeri tersebut adalah melalui Syarikat Roadcare (M)Sdn. Bhd. yang telah dilantik sebagai syarikat konsesi yang bertanggungjawab untuk menyenggara Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia Zon Tengah dan Timur meliputi negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Cabutan Undi ini adalah sebahagian usaha Kerajaan MADANI melalui 6 teras utamanya dalam membangun dan melibatkan lebih banyak kontraktor bumiputera G1-G4 dalam kerja-kerja penyenggaraan jalan raya agar jalan raya di Malaysia terutamanya jalan persekutuan sentiasa berkualiti, mampan, selamat dan selesa.

Skop kerjapenyenggaraan berkalapavemen adalah seperti mill & pave, Cold In-Place Recycling (CIPR), overlay, dan re-construction. Manakala kerja penyenggaraan berkala bukan pavemen meliputi kerja mengecat semula garisan jalan, menyenggara dan membaikpulih papan tanda, membina roadkerb, dan menaiktaraf longkang dan lain-lain kerja berkaitan.

Pelantikan kontraktor secara cabutan undi ini adalah adil dan telus, dikhususkan kepada Kontraktor Bumiputera Gred G1 – G4 yang layak dari segi rekod prestasi kerja serta mempunyai pendaftaran lesen yang masih sah dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB),  dan berdaftar mengikut had nilai kerja yang disenaraikan.

Tender untuk kerja-kerja ini dibuat secara pendigitalan di mana telah diiklankan melalui media sosial dan pendaftaran telah dilakukan secara atas talian (online) di portal syarikat Roadcare Sdn. Bhd. Sebanyak 7,111kontraktor telah disenarai-pendek.  Cabutan undi ini akan dikelolakan oleh Jawatankuasa Cabutan Undi (JCU) yang terdiri daripada pegawai syarikat Konsesi dan juga wakil kerajaan.

Pecahan bilangan kerja mengikut gred kontraktor yang terlibat adalah seperti tertera dalam Jadual 1 dan Jadual 2 berikut:-

Jadual 1: Pecahan Jumlah Kerja Berkala Pavemen

Negeri Bilangan Kerja /Gred Kontraktor JUMLAH KERJA
Gred G1 Gred G2 Gred G3 Gred G4
SELANGOR 1 3 7 17 28
PAHANG 1 13 26 40
TERENGGANU 1 11 8 20
KELANTAN 8 15 23
JUMLAH 111

Jadual 2: Pecahan Jumlah Kerja Berkala Bukan Pavemen

Negeri Bilangan Kerja /Gred Kontraktor JUMLAH KERJA
Gred G1 Gred G2 Gred G3 Gred G4
Selangor 20 17 1 38
Pahang 46 17 3 66
Terengganu 22 5 1 28
Kelantan 28 7 5 40
JUMLAH 172

 Ringkasan peruntukan bagi Program Penyenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia bagi Negeri Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah seperti tertera dalam Jadual 3 berikut:-

Jadual 3: Peruntukan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen

BIL NEGERI PERUNTUKAN BERKALA (RM)
PAVEMEN BUKAN PAVEMEN
1 Selangor 39,452,000.00 9,770,000.00
2 Pahang 56,368,000.00 14,300,000.00
3 Terengganu 23,660,000.00 4,560,000.00
4 Kelantan 25,336,000.00 8,950,000.00
Jumlah      RM   144,816,000.00  RM   37,580,000.00
JUMLAH KESELURUHAN   RM182,396,000.00

Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri dan Daerah bersama Syarikat Roadcare (M)Sdn. Bhd. akan memantau secara rapi dan menilai semua pelaksanaan kerja penyenggaraan dan prestasi kontraktor terutama kualiti dan jadual kerja menepati spesifikasi kontrak. Penilaian tersebut akan dijadikan asas sama ada kontraktor berkenaan layak untuk dipertimbangkan lagi dalam proses pemberian kontrak kerja penyenggaraan jalan raya di masa hadapan.

KKR berharap agar semua kontraktor yang terpilih melalui cabutan undi hari ini akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aspek mutu  kualiti terutama dari segi mengikuti spesifikasi standard yang ditetapkan, kos dan masa, serta mengutamakan keselamatan di kawasan kerja. KKR tidak akan berkompromi terhadap isu-isu berkaitan kualiti kerja pembinaan dan penyenggaraan dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa diutamakan selaras dengan aspirasi Program MYJalan KKR.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.