Siakap Keli

6 Tip Wajib Tahu untuk Nikmati Tawaran Terhebat Semasa Jualan 6.6 Super Wow Lazada

Jualan 6.6 Super Wow Lazada semakin hampir, dan ia bakal menjadi acara membeli-belah yang terhebat musim ini! Dengan ketibaan bulan Jun, jualan mega ini menandakan permulaan kepada kemeriahan membeli-belah pertengahan tahun dengan tawaran diskaun luar biasa untuk barangan elektronik, kecantikan, keperluan rumah, fesyen, dan banyak lagi.

Sama ada teringin memperbaharui koleksi pakaian, menaik taraf peranti, atau mendapatkan tawaran hebat untuk keperluan rumah, Jualan 6.6 pasti ada sesuatu untuk semua. Untuk membantu pembeli-belah dapatkan harga terbaik, Lazada berkongsi enam tip untuk membantu pembeli berbelanja dengan lebih bijak dan berjimat lebih banyak semasa Jualan 6.6 Super Wow Lazada.

Tip 1: Mula Beli Awal – Tak Perlu Nantikan Bulan Jun!

Walaupun Jualan 6.6 Super Wow Lazada secara rasminya bermula pada 31 Mei 2025 jam 8 malam hingga 8 Jun 2025, pembeli-belah boleh mendapatkan tawaran hebat dengan Chup Dulu – tawaran eksklusif yang memastikan harga terbaik lebih awal. Pengguna hanya perlu membayar sebahagian kecil daripada harga produk untuk mengunci tawaran, dan melunaskan baki bayaran pada 1 Jun.

Tip 2: Check Out pada Masa Tertentu untuk Diskaun yang Lebih Hebat

Jualan Super Wow 6.6 Lazada turut menampilkan Crazy Brand Mega Offers yang hanya tersedia pada waktu-waktu tertentu. Tawaran masa terhad ini menawarkan diskaun sehingga 90% dan hanya boleh didapati dalam slot masa yang telah ditetapkan:

Tarikh Masa
31 Mei 2025 8 malam – 2 pagi (1 Jun)
1 Jun 2025 12 tengah hari – 2 petang,

8 malam – 12 tengah malam

5 Jun 2025 8 malam – 12 tengah malam
6-8 Jun 2025 12 tengah malam – 2 pagi,

12 tengah hari – 2 petang,

8 malam -12 tengah malam

Terdapat juga promosi istimewa untuk pembeli awal (early bird) dari jam 7 pagi hingga 10 pagi, serta Happy Hour Sale setiap hari dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Tip 3: Rajin Kumpul Baucar!

Nikmati penjimatan hebat semasa membuat pembayaran dengan Baucar Kempen yang menawarkan diskaun sehingga RM1,000, serta baucar Semua Free Shipping harian daripada Pusat Baucar yang membantu mengurangkan kos penghantaran. Selain itu, ramai penjual popular turut menawarkan diskaun tambahan sehingga 70% melalui baucar mereka sendiri. Baucar-baucar ini boleh digabungkan, tertakluk pada ketersediaan, untuk nilai yang lebih tinggi sepanjang tempoh jualan.

Tip 4: Hari Bertema untuk Membeli-Belah Setiap Hari

Dari 2 hingga 5 Jun, nikmati penjimatan eksklusif di Lazada dengan acara membeli-belah bertema setiap hari, di mana setiap tema menawarkan promosi istimewa yang hanya sah untuk satu hari sahaja! Mula membeli barangan runcit dan keperluan rumah secara pukal melalui LazMart pada 2 Jun, kemudian dapatkan peranti pintar dan peralatan terkini pada harga bawah RM1,200 menerusi LazGadgets pada 3 Jun. Pada 4 Jun pula, nikmati keselesaan dan kemudahan dengan Home & Lifestyle yang menampilkan barangan automotif, keperluan sukan, dekorasi rumah, dan banyak lagi pada harga yang berbaloi. Akhir sekali, pada 5 Jun, Style & Glow menyediakan item kecantikan dan fesyen paling terkini daripada jenama terkenal antarabangsa, termasuk jenama dari Korea dan China.

Tip 5: Tawaran RM16 daripada Lebih 30 Jenama

Untuk nilai luar biasa yang sukar ditandingi, Jualan 6.6 Lazada menawarkan produk-produk berjumlah lebih RM60,000 daripada 30 jenama popular, semuanya terdapat pada harga RM16. Daripada aksesori percutian ke peralatan rumah dan produk fesyen, tawaran ini merangkumi segalanya. Sentiasa ikuti aplikasi Lazada setiap hari untuk tawaran hebat yang akan diumumkan pada pukul 3 petang dan 9 malam sepanjang kempen berlangsung. Pembeli yang pantas berpeluang mendapatkan barangan istimewa ini dengan segera sebelum stok habis!

Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuk Airwheel, American Tourister, Amgras, Beacon Mart, Bose, CANNON, Cricut, Dreame, Ecovacs, Epitex, GAIAS, Habib, Hisense, HONOR, Jean Perry, Levoit, Karcher, KitchenZ, Korkmaz, OGAWA, Razer, Sampoint, Samsonite, SellinCostAsia, Sonos, Ted Baker, Thule, Tineco, TTRacing, Universal Traveller, dan WINNY. 

Tip 6: Main dan Menang di Karnival Lazada 6.6 Match and Win

Untuk penjimatan tambahan dan peluang memenangi produk ikonik, cari sahaja Lazada 66 Match and Win di Google untuk ke laman mikro, di mana pembeli boleh mendapatkan baucar Lazada bernilai RM6 setiap hari. Selain itu, pembeli yang berkongsi kad Match & Win di TikTok menggunakan hashtag #LazadaMY dan #Lazada66MatchAndWin berpeluang memenangi hadiah utama seperti gajet, produk kecantikan, dan banyak lagi daripada jenama terkenal seperti Apple, AMIRO, Anker, Dyson, Estee Lauder, LEGO, La Mer, PopMart, Rascals, Sulwhasoo, TRAPO, dan lain-lain! Senarai pemenang akan diumumkan di LazLive pada 6 Jun jam 8 malam.

Tip Bonus: Beli Tanpa Risau dengan Proses Pemulangan dan Bayaran Balik yang Mudah Pembeli-belah boleh menikmati pengalaman membeli-belah sempena musim jualan ini tanpa risau dengan proses pemulangan Lazada yang mudah dan mesra pengguna. Polisi Change of Mind atau “ubah fikiran” tersedia untuk kebanyakan kategori produk. Sama ada pakaian yang tidak muat atau warna yang kurang sesuai, pengguna boleh membuat permintaan pemulangan hanya dengan beberapa klik pada aplikasi Lazada. Dengan pilihan penghantaran balik percuma sama ada melalui pengambilan atau penghantaran sendiri, Lazada memudahkan proses pemulangan supaya pembeli boleh berbelanja dengan lebih yakin. Untuk maklumat lanjut mengenai polisi Change of Mind Lazada, sila klik di sini.

Setelah pembeli ketahui semua tip wajib tahu ini, bersedialah untuk menikmati Lazada’s 6.6 Super Wow Sale bermula 31 Mei jam 8 malam! Dari produk baharu sehingga tawaran eksklusif, Lazada Malaysia menyediakan pelbagai pilihan dengan tawaran sebenar dan penjimatan besar yang tidak boleh dilepaskan.

Untuk maklumat lanjut, semak Aplikasi Lazada atau ikuti #LazadaMY di media sosial untuk kemas kini terkini!

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.